Anda di sini

Sukan mampu bina kekuatan fizikal dan mental

Advertisement
 Janih menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara 4 x 200M lelaki.
PEMENANG LELAKI: Janih menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara 4 x 200M lelaki.

TAMPARULI: Rumah Hijau dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Lingga Baru Tamparuli Kali Ke-3 2019 yang berlangsung di padang sekolah itu baru-baru ini.

Naib johan dimenangi oleh Rumah Merah, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan Rumah Kuning dan Rumah Biru.

 Olahragawan 2019; Nick Rowen Martin menerima hadiah dari Rosdin Linah (kanan).
OLAHRAGAWAN: Olahragawan 2019; Nick Rowen Martin menerima hadiah dari Rosdin Linah (kanan).

Seramai 63 orang murid terdiri dari Pra Sekolah hingga tahun 6 telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang telah dirasmikan penutupannya oleh Presiden Persatuan Badminton Sabah; Janih Bangud.

Pada masa sama turut berlangsung Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Siri 2/2019 anjuran Unit Kokurikulum sekolah berkenaan.

Janih antara lain dalam ucapannya berkata, aktiviti sukan bukan sahaja mengekalkan kesihatan fizikal malah dapat membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokas, menyususn strategi dan membina semangat berpasukan.

 Rosdin Linah menyampaikan hadiah kepada pemenang Olahragawati 2019; Alyndra Kelsa Wandy.
OLAHRAGAWATI: Rosdin Linah menyampaikan hadiah kepada pemenang Olahragawati 2019; Alyndra Kelsa Wandy.

Katanya, semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlet juga dapat melatih diri untuk mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima dan memberi respon dalam pelbagai situasi yang sudah pasti mempengaruhi segi pembelajaran.

Beliau rasa terharu, kerana pihak penganjur dapat menjayakan program dua dalam satu dan ini sebagai mesnifestasi dari semangat setiakawan dan kesungguhan untuk mencapai sesuatau tujuan yang sama sama dikongsi oleh semua pihak, menjadikan penganjuran ini berjaya dan dapat dibanggakan .

Selain itu, kejohanan ini juga merupakan wahana dalam mencari bakat para atlit disamping mengeratkan silaturahim.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Penganjur yang diketuai oleh Guru Besar Cemerlang SK. Lingga Baru;  Mohamad Juin Haji Nauli, kerana telah berjaya mengelolakan majlis ini dan kepada semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung sehinga kedua-dua program ini dengan jayanya.

 Janih bersama murid murid yang mengambil bahagian di Padang Kg.Bambangan Lama.
KENANGAN: Janih bersama murid murid yang mengambil bahagian di Padang Kg.Bambangan Lama.

Semua penenang menerima hadiah medal, piala , hamper dan sijil.

Selain Guru Besar Cemerlang SK.Lingga Baru, turut hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran; Rusdih Lina, YDP PIBG SK Lingga Baru; Jammery Yunin, guru-guru, ibubapa serta masyarakat setempat.

Advertisement