Anda di sini

Skil Aisyah Hani memancing anak patung dikagumi

Advertisement

Sumbangan Muhamad Bohari

 Aisyah sedang memancing patung dari mesin khas.
FOKUS: Aisyah sedang memancing patung dari mesin khas.
 Patung-patung dipamerkan di atas rak yang disedia khas oleh ibu Aisyah.
MAHIR: Patung-patung dipamerkan di atas rak yang disedia khas oleh ibu Aisyah.

SESETENGAH individu beranggapan permainan atau aktiviti memancing patung dalam ‘slot’ patung adalah satu perjudian.

Namun lain pula yang difikir oleh seorang kanak-kanak bernama Aisyah Hani Misli Abdullah berusia tujuh tahun ini. Permainan memancing patung bagi adik kecil ini mampu mempamerkan skil atau kemahiran seseorang pemancing.

Setiap kali dia memancing patung, dia tidak balik dengan tangan kosong. Sekurang-kurangnya satu patung pasti diperolehinya.

Minat dan hobi adik kecil memancing patung ini bermula sejak Januari lalu dengan setakat ini dia telah berjaya mengumpul 72 anak patung beraneka rupa dan bentuk.

Memancing patung ini merupakan salah satu hobi Aisyah di samping hobi yang lain seperti melukis, mewarna dan membaca buku cerita.

Meskipun berminat memancing patung, namun anak kecil ini tidak pula mengabaikan masa belajarnya. Aktiviti memancing patung hanya dilakukan pada masa santai dan masa luangnya dan bukan pada hari persekolahan.

Satu kali pancing bernilai RM1 anak kecil ini membawa sekurang-kurangnya RM10 bagi sepuluh kali pancing dan dalam seminggu ada dua kali memancing tetapi bukan tiap-tiap minggu.

Purata 12 patung dalam sebulan diperolehinya, tiga anak patung dalam satu minggu dan dalam masa enam bulan (Januari hingga Jun 2019) ada 72 patung berjaya dipancingnya.

Memancing dan mengumpul anak patung merupakan aktiviti yang unik bagi kanak-kanak seusia Aisyah. Ini kerana untuk mendapat hasil daripada pancingan itu memerlukan kemahiran tersendiri dan tidak semua orang yang melakukan aktiviti sama akan dapat menumpaskan mesin dengan jayanya.

Advertisement