Anda di sini

Nelayan Filipina positif dadah ditahan

Advertisement
 Boon (tengah) menunjukkan rampasan syabu semasa penahanan suspek, turut kelihatan panah ikan yang turut ditemukan di dalam bot pam dinaiki suspek.
DADAH: Boon (tengah) menunjukkan rampasan syabu semasa penahanan suspek, turut kelihatan panah ikan yang turut ditemukan di dalam bot pam dinaiki suspek.

KUDAT: Tiga nelayan warga Filipina berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu serbuan semasa Ops Pluto Timur dilaksanakan di Pulau Malawali, pagi Isnin.

Pengarah Maritim Kudat Komander (M) Boon Chin Chau berkata semasa ditahan suspek yang menaiki pam bot itu bukan sahaja gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah malah mereka menggunakan peralatan menangkap ikan yang diharamkan iaitu panah ikan.

"Lebih teruk lagi peralatan dipercayai untuk menjalankan aktiviti penagihan dadah turut ditemukan di dalam pam bot yang dinaiki suspek semasa pemeriksaan dijalankan anggota Maritim Malaysia.

"Hasil ujian air kencing mengesahkan dua suspek positif dadah jenis syabu dan satu bungkusan kecil mengandungi hablur kristal dipercayai syabu turut dirampas daripada mereka," katanya.

Boon berkata suspek dan bot kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Kudat untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak penjenayah dan pemeriksaan seumpama akan dijalankan setiap masa bagi memastikan perairan negara selamat daripada sebarang anasir jenayah.

  • oleh
  • Advertisement