Anda di sini

Lapangan Terbang Sibu ditutup susulan lampu landasan rosak, beroperasi semula pagi Rabu

Advertisement
Zainuddin memberikan penerangan kepada media tentang penutupan sementara Lapangan Terbang Sibu.
Zainuddin memberikan penerangan kepada media tentang penutupan sementara Lapangan Terbang Sibu.

SIBU: Semua penerbangan melibatkan Lapangan Terbang Sibu (LTS) terpaksa dibatalkan lewat petang tadi ekoran kerosakan lampu landasan.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu Zainuddin Abu Nasir berkata susulan itu 12 penerbangan terjejas akibat penutupan landasan dan akan beroperasi seperti biasa pada pagi Rabu.

Penerbangan tersebut ialah dari Sibu ke Kuching pada jam 5.25 petang, tiga penerbangan Sibu-Kuala Lumpur pada jam 6.50 malam dan 7.30 malam dan 8.15 malam, Sibu-Miri (8.10 malam) dan Sibu-Kota Kinabalu (8.25 malam).

Antara penumpang yang terkandas akibat penutupan landasan Lapangan Terbang Sibu petang tadi.
Antara penumpang yang terkandas akibat penutupan landasan Lapangan Terbang Sibu petang tadi.

Dua penerbangan dari Kuching ke Sibu, dua penerbangan dari Kuala Lumpur, satu perbangan dari Miri dan satu pernrrbangan dari Kota Kinabalu turut terjejas.

"Kerosakan lampu tepi jalan berkenaan disedari sekitar jam 3 petang tadi sebelum landasan berkenaan ditutup kepada semua penerbangan pada jam 7 petang," katanya. 

Zainuddin, memberitahu sejumlah 1,561 penumpang dan anak kapal yang berlepas dan mendarat di LTS terjejas akibat insiden berkenaan. 

Kerosakan tersebut bagaimanapun berjaya dibaiki sekitar jam 7.50 petang. 

  • oleh
  • Advertisement