Anda di sini

Fasa pertama projek baik pulih sekolah daif bermula sebaik mendapat arahan Kementerian Kewangan - Manyin

Advertisement

KUCHING: Kerja membaik pulih atau membina semula sekolah daif di Sarawak akan dimulakan sebaik mendapat arahan daripada Kementerian Kewangan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata untuk fasa pertama, 37 sekolah daif di seluruh Sarawak telah dikenal pasti untuk dibaik pulih. 

Beliau berkata 37 sekolah berkenaan diberi keutamaan untuk pulih pada fasa pertama dan senarai sekolah tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya Sarawak telah menjelaskan RM350 juta kepada Kerajaan Persekutuan untuk digunakan semula bagi membaik pulih dan membina sekolah daif di negeri ini.

"Pada mesyuarat bersama Menteri Pendidikan Malaysia (Dr Maszlee Malik) pada minggu lalu dan beliau memaklumkan kepada saya KPM masih menunggu arahan daripada Kementarian Kewangan untuk memulakan kerja-kerja membaik pulih dan membina sekolah daif yang sudah dikenal pasti bagi peringkat awal ini.

"Sebaik kita mendapat arahan nanti, kita akan mengeluarkan tender terbuka dan kerja-kerja membaik pulih atau membina semula sekolah-sekolah ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Manyi (kiri) bersama Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Presiden Prof. Dr Gaanakumaran Subramamaniam pada sidang media selepas majls perasmian Persidangan MELTA Antarabangsa Ke-28 di sini, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi.
Manyin (kiri) bersama Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Presiden Prof. Dr Gaanakumaran Subramamaniam pada sidang media selepas majls perasmian Persidangan MELTA Antarabangsa Ke-28 di sini, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi.

Terdahulu beliau mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) ke-28 di sebuah hotel di sini.

Manyin berkata sebagai permulaan lima daripada 37 sekolah itu akan dibaik pulih atau dibina semula dan projek tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik pada tarikh yang masih belum dapat ditentukan lagi.

Beliau menambah kebanyakan sekolah yang akan dibaik pulih atau dibina semula pada fasa pertama ini terletak di luar bandar.

  • oleh
  • Advertisement