Anda di sini

Angka korban Lekima di timur China kini cecah 44

Advertisement
 Pekerja penyelamat membantu penduduk yang terkandas dalam banjir selepas Taufan Lekima melanda bandar Linhai di Taizhou, wilayah Zhejiang, China kelmarin.  — Gambar Reuters
BANTU: Pekerja penyelamat membantu penduduk yang terkandas dalam banjir selepas Taufan Lekima melanda bandar Linhai di Taizhou, wilayah Zhejiang, China kelmarin. — Gambar Reuters

BEIJING: Satu ribut sangat kuat yang melanda bahagian pantai timur China dan memaksa lebih sejuta penduduk melarikan diri telah mengorbankan 44 orang, lapor media negara semalam.

Rakaman oleh syarikat penyiaran negara CCTV menunjukkan padang dan jalan raya yang dibanjiri air berlumpur, menenggelam-kan kenderaan, sampah sarap merata-rata dan pokok-pokok yang tumbang ketika angin kuat dan hujan akibat Taufan Lekima yang melanda bandar-bandar di sepanjang tepi pantai.

Sekurang-kurangnya 16 orang masih hilang ketika ribut itu bergerak ke pantai berhampiran Beijing.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan angka tersebut telah meningkat kepada 39 orang di wilayah Zhejiang, di mana Lekima melanda pada Sabtu lepas, membawa angin selaju hampir 190 kilometer sejam, dan membadai pantai dengan ombak setinggi beberapa meter.

Sekurang-kurangnya 18 daripada jumlah itu telah meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Wenzhou, lapor media negara.

Lebih sejuta orang dipindahkan dari kediaman mereka sebelum taufan melanda, lapor Xinhua.

Lekima melanda wilayah Shandong pada lewat kelmarin, di mana jabatan peng-urusan kecemasan tempatan melaporkan lima kematian dan tujuh lagi hilang, termasuk penempatan semula bagi lebih 180,000 orang dan merosakkan 600 rumah.

Bencana alam itu menye-babkan kerugian ekonomi sebanyak lebih 24.22 bilion yuan di Zhejiang sahaja, kata pihak berkuasa.

Anggota penyelamat ditunjukkan dalam rakaman CCTV menggunakan bot dan takal tali untuk membawa keluar penduduk yang terkandas pada hujung minggu lepas.

Lebih 3,200 penerbangan telah dibatalkan disebabkan oleh taufan tersebut, lapor pihak penyiaran negara, ketika Beijing, Shanghai dan beberapa bandar lain tidak membenarkan kapal terbang membuat penerbangan.

Di Shanghai, lebih 90 kawasan pelancongan termasuk Disneyland telah ditutup sebelum ketibaan ribut itu, dengan kebanyakannya dijangka akan dibuka semula semalam atau hari ini. — AFP

Advertisement