Anda di sini

Amang seksual fizikal kanak-kanak: Warga asing dipenjara 10 tahun

Advertisement
 Ammy diiringi dua anggota polis selepas perbicaraan kes.
DIIRING: Ammy diiringi dua anggota polis selepas perbicaraan kes.

LAHAD DATU: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang lelaki warga asing kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dalam kejadian Julai lalu.

Hakim Zaini Fisher @Fisal menjatuhkan hukuman itu ke atas Ammy Nasar, 33, yang mengaku bersalah menyentuh kemaluannya ke kemaluan mangsa berusia 7 tahun 11 bulan itu di rumah tidak bernombor di Kampung Bumiputera Jalan Silam pada 30 Julai, kira-kira jam 5 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama dengan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh memanggil mangsa ke dalam rumah dengan menawarkannya biskut seterusnya menyuruhnya masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil.

Tertuduh kemudian mengajak mangsa melihat gambar tertuduh bersama isterinya di telefon bimbitnya lalu membuka separuh seluar mangsa dan naik ke atas tubuh mangsa untuk menyentuhkan kemaluannya dengan kemaluan mangsa sehingga mengeluarkan air mani.

Kejadian itu kemudiannya diceritakan mangsa kepada ibunya dan laporan polis serta pemeriksaan lanjut doktor pakar mengesahkan mangsa mengalami kesab kemerahan pada bahagian luar kemaluannya.

Hakim memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Don Stiwin Malanjum.

  • oleh
  • Advertisement