Anda di sini

#TanyaRoshan: Patutkah Pekerja Muda DiBeri Tugasan Yang Berat?

Advertisement
 

“Patutkah pekerja-pekerja muda diberi tanggungjawab kerja yang berat lagi penting?”

“Inilah soalan yang saya kerap ditanya — kenapa saya memberi begitu banyak tanggungjawab kepada pekerja-pekerja muda di Leaderonomics.

Jawapan saya simpel sekali: jika matlamat kita adalah untuk melahirkan generasi pemimpin buat masa hadapan, mereka patut diberi peluang untuk belajar dengan memimpin secepat mungkin.

Kalangan pula mempertikaikan hujah saya. Kata mereka, “Tetapi mereka terlalu muda — macam mana boleh mereka menggalas tanggungjawab dan menjalankan tugasan penting sedemikian tanpa pengalaman?”

Respons saya sering berbunyi seperti berikut: dengan menggalas tanggungjawab sebeginilah mereka akan menimba pengalaman hidup yang bernilai. Dalam media semasa, orang muda kerap diperkata-katakan.

Fokus adalah pada perkara yang mereka tidak dapat lakukan dan perkara yang patut dilakukan.

Saya pula lebih suka memberi fokus kepada kekuatan dan potensi anak-anak muda, dengan mengamanahkan mereka dengan tanggungjawab yang boleh menambah baik bidang-bidang yang perlu diperkuatkan.

Selama ini, saya cukup tertarik dengan kemahiran, kebolehan dan bakat anak-anak muda yang bekerja dengan kami, dan mereka yang membantu pelaksanaan kem-kem kami secara sukarela.

Mereka begitu berpotensi sekali dari segi kepimpinan, kerja berpasukan, kekreativan, inovasi, kebolehan menyelesaikan masalah, dan sebagainya.

Saya memang yakin bahawa jika kita memberi peluang kepada anak muda untuk menggalas sesuatu cabaran, mereka pasti akan dapat melakukannya.

Sekiranya mereka kurang pasti, mereka hanya perlu bertanya dan mendapatkan bimbingan daripada rakan-rakan kerja yang lebih senior.

Di Leaderonomics, kami ada cukup banyak bukti kes kejayaan pekerja muda dalam menjalankan tugasan mereka dengan begitu berkesan dan berjaya sekali.

Kalangan mereka kini menyandang jawatan-jawatan yang lebih luas bidang kuasanya.  Semuanya boleh dilaksanakan asalkan kita berani membuka peluang itu kepada mereka.” — ROSHAN THIRAN

Berkaitan: Mampukah Belia Malaysia Majukan Negara?

Sumber
Sumber
Advertisement