Anda di sini

Pembunuh di Walmart Texas akui sasar bunuh ‘rakyat Mexico’

 Gambar fail dari rakaman CCTV yang disiarkan oleh Siaran Berita KTSM 9, kelihatan penembak dikenali Patrick Crusius memasuki pasar raya Walmart El Paso pada 3 Ogos lalu. — Gambar AFP
BERANI MATI: Gambar fail dari rakaman CCTV yang disiarkan oleh Siaran Berita KTSM 9, kelihatan penembak dikenali Patrick Crusius memasuki pasar raya Walmart El Paso pada 3 Ogos lalu. — Gambar AFP

WASHINGTON: Pemuda Texas berusia 21 tahun yang telah membunuh 22 orang di sebuah pasar raya Walmart El Paso memberitahu pihak polis selepas penahanannya bahawa  dia sedang menyasarkan “rakyat Mexico”, menurut satu waran tangkap yang dikeluarkan kelmarin oleh media AS.

Dokumen itu mendakwa Patrick Crusius, dari Allen, Texas, dengan pembunuhan turut menjelaskan kesan bagi penahanannya, menyatakan dia melangkah keluar dari kenderaannya ketika dikepung oleh polis, mengangkat tangannya ke udara dan menyatakan  “Sayalah penembak itu.”

Di ibu pejabat polis, Crusius telah mengetepikan haknya untuk terus berdiam diri atau mempunyai kehadiran seorang peguam serta memberitahu para detektif bahawa “sasarannya adalah ‘rakyat Mexico.’” Menurut dokumen tersebut, diperolehi oleh The Washington Post dan lain-lain.

Sebelum melakukan serangan pada Sabtu lepas, Crusius telah mengeluarkan satu manifesto ketuanan kulit putih di atas talian yang menyuarakan kebimbangan mengenai satu “penaklukan Hispanik” di Texas.

Lapan orang terbunuh dalam amukan merupakan rakyat Mexico dan ramai daripada mangsa lain adalah rakyat Amerika dengan asal usul Hispanik.

Di dalam manifesto itu, Crusius mendakwa dia sebagai “mempertahankan” Amerika Syarikat “dari penggantian budaya dan etnik yang dibawa melalui satu penaklukan” dan merujuk kepada kejadian tembakan di Christchurch di New Zealand, di mana seorang lelaki bersenjata kulit putih membunuh 51 orang penganut di dua masjid pada Mac lepas.

El Paso adalah kira-kira sembilan jam perjalanan dari Allen, di mana Crusius tinggal, dan kelihatan sebagai sengaja memilih bandar itu kerana populasi Hispaniknya yang ramai.

El Paso terletak di Rio Grande River yang menandakan sempadan AS dengan Mexico.

Ia mempunyai satu populasi seramai 680,000, di mana 83 peratus adalah keturunan Hispanik. — AFP