Anda di sini

Konsert khas Aidiladha RTM ‘Jalan Firdausi’ di TV1

Advertisement
 Semua artis yang menjayakan Konsert Jalan Firdausi di TV1 malam ini.
MERIAH: Semua artis yang menjayakan Konsert Jalan Firdausi di TV1 malam ini.

HIBURAN khas bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan oleh seluruh umat Islam pada hari ini (11 Ogos). Mengangkat tajuk ‘Jalan Firdausi’, konsert khas yang diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM itu akan disiarkan pada jam 10.00 malam ini di TV1.  

Konsert yang telah pun dirakamkan pada 20 Julai lalu bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menampilkan ramai barisan artis popular seperti Wany Hasrita, Siti Nordiana, Khai Bahar, Hafiz Hamidun, In-team, Oja, Sharifah Khasif dan Raqib Majid.

Konsert ini turut mengundang penmpilan khas oleh Datin Fouziah Gous dan suami, Dato’ Md Zhafran Md Yusof serta Adam Corrie.

Menampilkan Anas Tahir sebagai pengacara, persembahan dimantapkan dengan kemunculan Qasidah Ahbabul Musthofa dan Kumpulan Madrasah Tahfiz Quran Al Muttaqin yang menyampaikan qasidah mengenai haji.

Antara lagu yang bakal menghiburkan penonton termasuklah ‘Labaikallah’, ‘Kasih Padamu’, ‘Doa’, ‘Kumohon’, ‘Penyucian Jiwa’, ‘Padamu Kubersujud’, ‘Penyelamat’, ‘Rapuh’, ‘Cahaya 114’, ‘Az Ziarah’, ‘Deen Assalam’, ‘Selawat Solatullah Salamullah’, diakhiri dengan semua artis terlibat berada di pentas menyanyikan lagu ‘Segala Puji Syukur’ nyanyian asal Kumpulan Ungu.

Istimewanya urut diselitkan perkongsian Alif Satar dan Raihan kisah pengalaman mereka menjadi tetamu Allah ketika mengerjakan Haji. Ada juga klip CSR Qurban dilakukan penduduk di KM8 Bukit Katil, Melaka yang meluang waktu untuk menjayakan rakaman program Jalan Firdausi ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement