Anda di sini

KLPRB sediakan 147 pinjaman kepada ahli pada 2018

Advertisement
 Yet (duduk, tiga kiri) bersama jawatankuasanya pada AGM petang, kelmarin.
MANTAP: Yet (duduk, tiga kiri) bersama jawatankuasanya pada AGM petang, kelmarin.

SIBU: Koperasi Lembaga Pelabuhan Rajang Berhad (KLPRB) menyediakan sebanyak 147 pinjaman yang berjumlah RM776,000 kepada ahli-ahlinya pada tahun 2018.

Menurut pengerusinya Christopher Yet Chuong Hin, daripada jumlah itu 28 pinjaman adalah dalam bentuk bantuan kewangan yang berjumlah RM567,000, manakala 119 lagi adalah pinjaman untuk musim perayaan yang berjumlah RM209,000.

“Kami menyediakan pinjaman kepada ahli untuk semua tujuan seperti insurans motor, pinjaman pendidikan, dana bantuan bencana, pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 dengan faedah 8 peratus setahun untuk mengurangkan baki dan perkhidmatan potongan bagi pinjaman bank, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, sewa beli dan perbelanjaan untuk musim persekolahan dan perayaan.

“Kami mempunyai satu pasukan yang berdedikasi dari Lembaga Pengarah untuk menguruskan hal ehwal dan aktiviti terutamanya dalam pemberian pinjaman, untuk kesejahteraan sosial dan perkhidmatan kewangan kepada ahli-ahli kami.

“Ia adalah penting untuk mencapai matlamat utama bagi membantu ahli-ahli koperasi meningkatkan pendapatan mereka, selain meningkatkan taraf hidup mereka,” ujarnya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KLPRB Ke-18, petang kelmarin.   

Yet memberitahu bahawa setiap tahun mereka mencatat peningkatan dan mengekalkan ‘liquidity’ dan mampu memberi pinjaman bulanan sebanyak RM65,000.00 kepada ahli yang layak.

Jelasnya, ini kerana aset tetap bersih kekal pada paras RM944,324.74 dan jumlah simpanan ahli ialah RM756,270 pada tarikh pengauditan yang sama.

Menurut Yet juga, KLPRB mencatatkan keuntungan tertinggi sebanyak RM83,042.65, peningkatan 12 peratus berbanding RM74,273.02 pada tahun sebelumnya.

“Kejayaan koperasi ini banyak bergantung dengan ahli-ahli yang sentiasa memberi kerjasama baik kepada kita,” ujarnya.

Advertisement