Anda di sini

Wanita Filipina dipenjara lima bulan guna pas lawatan sosial palsu

 

LABUAN: Seorang wanita warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Wilayah Persekutuan Labuan pada Jumaat atas kesalahan menggunakan pas lawatan sosial palsu.

Hakim Leona Dominic Mojiliu menjatuhkan hukuman itu ke atas Jardinel Diane Carla berumur 25 tahun yang didapati melakukan kesalahan berkenaan dalam pemeriksaan pelepasan di Lapangan Terbang Labuan 29 Julai lalu.

"Pesalah akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara," kata Leona.

Menurut Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan Asani Ladjani, tertuduh ditangkap melakukan kesalahan tersebut di kaunter pemeriksaan imigresen balai berlepas Lapangan Terbang Wilayah Persekutuan Labuan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63 Menggunakan Pas Lawatan Sosial Palsu.