Anda di sini

Peralihan rintis penutupan TV Analog ke siaran TV Digital myFreeview 30 Sept ini

Advertisement
 Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Roslan Mohammad (kanan) mendengar Taklimat Khas Penutupan Siaran TV Analog dan Pelaksanaan Kempen Pendidikan untuk mempromosi siaran TV Digital MyFreeview di Sabah dan W.P Labuan.
TAKLIMAT: Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Roslan Mohammad (kanan) mendengar Taklimat Khas Penutupan Siaran TV Analog dan Pelaksanaan Kempen Pendidikan untuk mempromosi siaran TV Digital MyFreeview di Sabah dan W.P Labuan.

KOTA KINABALU: Hampir 50 orang wakil-wakil jabatan kerajaan dan agensi kerajaan diberi taklimat berkenaan projek  peralihan rintis penutupan TV Analog ke siaran TV Digital myFreeview oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini baru-baru ini.

Peralihan rintis penutupan TV Analog ke siaran TV Digital  myFreeview bagi negeri Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan pada 30 September ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang myFreeview di www.myfreeview.tv atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1800-18-1088.-Penerangan.

Advertisement