Anda di sini

Pengorbanan perlu sehebat perjuangan

Advertisement
SAIRIN
SAIRIN

KOTA KINABALU:  Manusia  yang berkorban itu mampu mewujudkan suasana aman dan tenteram serta bahagia di dalam sebuah organisasi mahupun masyarakat.

"Sikap saling membantu semasa insan akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain dan mengikis sikap mementingkan diri sendiri," kata Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia); Datuk Haji Sairin Haji Karno dalam perutusan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Katanya, pengorbanan itu bukanlah satu senjata untuk seseorang itu menunjuk-nujuk dan bermegah-megah, akan tetapi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

"Hidup ini adalah perjuangan,  ianya menuntut pengorbanan serta ketabahan serta harus bermula dari seseorang itu," jelasnya.

Selanjutnya, Sairin menjelaskan Hari Raya Aidiladha adalah perayaan yang membawa mesej dan pengajaran penting yang berkait rapat dengan kesatuan umat.

Menurut Sairin, memupuk semangat berkorban dalam diri seseorang itu tidak kira sama ada harta, wang ringgit dan tenaga demi untuk memajukan diri dan masyarakat.

"Justru itu sempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para 'anbiya’ yang sentiasa taat dengan perintah Allah dan sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk agamanya.

"Semangat berkorban itu harus disuburkan dalam diri kita dan seluruh anggota masyarakat supaya memberi bukan menerima yang seharusnya menjadi budaya orang Islam," jelasnya.

Mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makan Negeri Sabah itu juga mengajak umat Islam agar  sama-sama meraikan hari kebesaran ini dengan penuh rasa kesyukuran dan keimanan, di samping mengukuhkan silaturahim agar dapat melahirkan satu ummah yang bukan sahaja memperoleh kejayaan di dunia malah dinaungi payung rahmat Allah di akhirat nanti.

"Semoga kehadiran Hari Raya Aidiladha tahun ini, memberikan kita percikan iktibar tentang nilai pengorbanan yang dituntut oleh agama dalam usaha untuk membina kebahagiaan dan kesejahteraan.

Akhinrnya, Sairin dan keluarga serta barisan kepimpinan Usia daripada Ahli Majlis Tertinggi sampailah ke peringkatan cawangan, mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada umat Islam di mana saja mereka berada.

Advertisement