Anda di sini

Lori terlibat dalam kemalangan adalah pembalak sah

Advertisement
ASHOR
ASHOR

KOTA KINABALU: Kemalangan yang membabitkan lori dengan muatan balak di Batu 9 Jalan Sapulut Kalabakan baru-baru ini adalah pemegang lesen membalak sah.

Ketua Konservastor Hutan Sabah, Datuk Mashor Mohd Jaini berkata, ianya tidak seperti mana yang ditularkan menerusi media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) mengesahkan bahawa pada hari itu sebanyak 49 lori balak telah dikeluarkan termasuk 25 lori yang tersekat akibat insiden tersebut.

"Jumlah muatan 25 lori yang terlibat adalah 1,114 batang, iaitu bersamaan dengan 1400.00 m3. (Meter Padu).

"Lori balak yang terlibat dalam kemalangan pula adalah keluaran pelesen First Greenworld Sdn. Bhd. Menurut rekod, Pengarahnya adalah Dato Lee Nyuk Heng.

"Terdapat tiga lagi pelesen yang mengangkut balak pada hari kejadian iaitu Zillion Fortune Sdn Bhd, Jawala Plantation Industires Sdn Bhd, dan dua kontraktor di bawah lesen Yayasan Sabah iaitu Kontraktor Usahawan Borneo Sdn Bhd dan Kontraktor Timjadi Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, semasa kejadian, pegawai JPS turut berada di lokasi membantu mengalih halangan jalan akibat tertutup oleh lori tersebut. Kesesakan telah diselesaikan dalam tempoh lebih sejam.

"Siasatan lanjut turut mendapati bahawa pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan mempunyai lesen yang sah, dan berpengalaman sebagai pemandu lori selama 20 tahun. Ujian air kencing (Urine Test) pemandu adalah negatif dan bebas daripada pengaruh dadah.

"Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat secara melulu tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu," katanya.

Menurutnya, keadaan itu boleh menimbulkan prejudis terhadap kerajaan dan jabatan yang terlibat (Jabatan Perhutanan).

  • oleh
  • Advertisement