Anda di sini

Aktivis prodemokrasi berhimpun di lapangan terbang Hong Kong

 Aktivis prodemokrasi yang berhimpun pada hari pertama rali di balai ketibaan          di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong di Hong Kong, China semalam. — Gambar Reuters
HARI PERTAMA: Aktivis prodemokrasi yang berhimpun pada hari pertama rali di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong di Hong Kong, China semalam. — Gambar Reuters

HONG KONG: Beberapa aktivis prodemokrasi telah memulakan rali selama tiga hari di lapangan terbang Hong Kong semalam, berharap untuk menarik sokongan antarabangsa daripada penumpang yang tiba ketika protes yang telah menggegarkan bandar raya tersebut memasuki bulan ketiganya.

Rali-rali tersebut, dipromosikan di media sosial dengan sekeping pas tiket tiruan bertulis “HK menuju kebebasan” dan “sambutan hangat buat tetamu ke HK”, akan menjadi kali kedua penunjuk perasaan menyampaikan mesej mereka di hab pengangkutan antarabangsa.

Perhimpunan, dijangka berlangsung selama tiga hari, tidak diluluskan oleh pihak berkuasa, namun tunjuk perasaan terakhir di lapangan terbang berakhir dengan aman tanpa menyebabkan gangguan penerbangan.

Protes yang bermula de-ngan bantahan terhadap ran-cangan bagi membenarkan ekstradisi ke tanah besar China telah berubah menjadi pergerakan yang lebih meluas untuk mengundurkan penurunan dalam kebebasan di bandar raya itu.

Penunjuk perasaan telah melakukan bantahan di seluruh Hong Kong  dan meng-adakan rali bagi keluarga, golongan tua, peguam dan kakitangan awam, dalam satu usaha untuk menunjukkan tuntutan mereka telah mendapat sokongan meluas dan lama bertahan.

Mereka telah mengumum-kan satu siri perarakan dan bantahan di seluruh bandar raya sepanjang hujung minggu, termasuk satu rali “keluarga”.

Langkah keselamatan tambahan telah dilakukan di lapangan terbang sebelum rali tersebut, dengan pihak berkuasa menghalang sesiapa tanpa pas untuk berlepas dari memasuki ruangan pemeriksaan. Penunjuk perasaan dijangka akan berhimpun di balai ketibaan.

Pentadbiran Lapangan Terbang Hong Kong menyatakan kelmarin ia menyedari tentang rali yang dirancangkan namun “lapangan terbang akan beroperasi seperti biasa”.

Ribuan penduduk Hong Kong, termasuk atendan penerbangan, berhimpun di lapangan terbang  pada 26 Julai bagi “mendidik” pengunjung mengenai bantahan yang membelenggui hab kewangan antarabangsa itu.

Para pengunjung telah disambut oleh selautan penunjuk perasaan yang berpakaian serba hitam melaungkan slogan antikerajaan, memegang kain rentang dan menyerahkan risalah – meja kaunter maklumat telah dilekatkan dengan sehelai kain mempunyai nota berpelekat berwarna-warni.

Tunjuk perasaan selama beberapa minggu itu telah memberikan ancaman terbesar terhadap pihak berkuasa Beijing sejak penyerahan Hong Kong daripada British pada 1997.

Serta semasa bantahan menjadi semakin ganas, beberapa negara telah mempertingkatkan amaran untuk perjalanan ke Hong Kong, dengan Washington pada minggu ini menggesa rakyatnya agar “mengamalkan langkah lebih berjaga-jaga.” — AFP