Anda di sini

Operasi terbaharu ‘cengkam’ Kashmir India

Advertisement
 Anggota pasukan keselamatan India dilihat berkawal dekat gulungan wayar berduri ketika perintah berkurung dikuatkuasakan selepas kerajaan haluan kanan menarik balik status khas untuk Kashmir, di Srinagar kelmarin. — Gambar Reuters
KAWALAN KETAT: Anggota pasukan keselamatan India dilihat berkawal dekat gulungan wayar berduri ketika perintah berkurung dikuatkuasakan selepas kerajaan haluan kanan menarik balik status khas untuk Kashmir, di Srinagar kelmarin. — Gambar Reuters

NEW DELHI: Lebih 500 orang telah ditahan dalam operasi terbaharu di Kashmir India yang diselubungi ketegangan sejak kerajaan haluan kanan menarik balik autonominya, laporan menyebut semalam.

Profesor universiti, tokoh perniagaan dan aktivis ada-lah antara 560 orang yang dibawa ke pusat tahanan sementara – sebahagiannya dalam serbuan waktu tengah malam – di bandar-bandar  Srinagar, Baramulla dan Gurez, Press Trust of India dan the Indian Express melaporkan.

Penahanan dibuat ketika Perdana Menteri Narendra Modi bersiap sedia untuk menyampaikan ucapan kepada negara menerusi radio lewat semalam bagi menjelaskan keputusan kerajaan nasionalis Hindu untuk menarik balik status khas selama tujuh dekad di wilayah berkenaan menerusi satu dekri presiden.

Parlimen turut melulus-kan rang undang-undang yang membahagikan wilayah yang menjadi rebutan itu – yang telah mengalami pemberontakan bersenjata menentang pemerintahan India sejak 1989 – kepada dua wilayah yang diperintah secara langsung oleh New Delhi.

Puluhan ribu anggota tentera India telah menguat-kuasakan perintah berkurung yang ketat, termasuk tiada khidmat telefon atau Internet, dan membenarkan hanya pergerakan terhad di jalan-jalan yang biasanya sibuk dengan pelancong yang berpusu-pusu ke lembah yang indah dan cantik itu.

Pakar memberi amaran bahawa lembah itu mungkin akan meletus dalam kemara-han di atas langkah sehala kerajaan yang mengejutkan apabila sekatan ditarik balik, yang dijangka akan berlaku seawal Hari Raya Haji pada Isnin depan.

Pada lewat kelmarin, agensi keselamatan penerbangan India menasihatkan lapangan terbang di seluruh negara untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan selepas “keselamatan sivil muncul sebagai sasaran lembut bagi serangan pengganas” ekoran langkah yang diambil berhubung Kashmir.

Perkembangan di Kashmir telah menjengkelkan negara senjata nuklear yang berjiran dengan India, Pakistan, yang kelmarin berkata ia telah menurun taraf hubungan diplomatik dengan New Delhi.

India belum lagi bertindak balas terhadap tindakan Islamabad.

Islamabad juga berjanji untuk membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

New Delhi menegaskan penamatan autonomi bagi wilayah itu merupakan hal ehwal dalaman. — AFP

Advertisement