Anda di sini

BICT tingkat hubungan Penghantaran Perkapalan Global dengan ketibaan kapal SITC KOBE CPX

Advertisement
 Mohammad Medan (lapan kiri), Omar( enam kiri) serta pihak pengurusan SITC dan pengurusan kanan BPHB di Terminal Kontena Antarabangsa Bintulu di Pelabuhan Bintulu kelmarin yang menerima ketibaan kapal SITC KOBE CPX & Service.
MANTAP: Mohammad Medan (lapan kiri), Omar( enam kiri) serta pihak pengurusan SITC dan pengurusan kanan BPHB di Terminal Kontena Antarabangsa Bintulu di Pelabuhan Bintulu kelmarin yang menerima ketibaan kapal SITC KOBE CPX & Service.

BINTULU: Terminal Kontena Antarabangsa Bintulu (BICT) meningkatkan rangkaian perhubungan Penghantaran Perkapalan Globalnya dengan penerimaan ketibaan pelayaran pertama kapal SITC KOBE CPX & Service ke Shanghai, Ningbo dan Xiamen di Pelabuhan Bintulu kelmarin.

MV SITC KOBE iaitu kapal kontena SITC Container Lines Co.Ltd (SITC) telah membuat panggilan pelayaran pertama di BICT di Pelabuhan Bintulu kelmarin merupakan kapal yang menghubung langsung Bintulu dengan Shanghai, Ningbo dan Xiamen.

Kapal itu berlabuh di BICT Pelabuhan Bintulu selama 1,000 jam dan berlepas semula dari Pelabuhan Bintulu ke Kota Kinabalu pada jam 11 malam kelmarin (7 Ogos).

Panggilan sulung itu adalah untuk pelancaran perkhidmatan penghantaran langsung lain oleh SITC yang dikenali sebagai China Philippine Express Service 7(CPX7) yang menghubungkan BICT ke beberapa pelabuhan utama dalam Laluan Perdagangan Intra Asia.

Perkhidmatan penghantaran ini akan menjadi penghubung ke-2 SITC di BICT dan akan melengkapkan panggilan perhubungan Perkhidmatan China Malaysia Indonesia(CMI) yang sedia ada.

Laluan untuk Perkhidmatan CPX7 ialah Bintulu-Kota Kinabalu-Cagayan Xiamen-Shanghai-Ningbo-Cebu-Bintulu. MV SITC DANANG dan MV Bright Laem Chabang akan menghubung BICT setiap minggu dengan memperuntukkan pada Rabu setiap minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato Mohammad Medan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) Omar Salleh bersama Pengarah Urusan SITC Shipping Asia Pte. Ltd, Seo Young Taek dan Pengurus Pejabat SITC Container Lines (Sarawak) Sdn Bhd, Xu Xiaoming hadir sama menyambut ketibaan kapal itu kelmarin.

SITC Container Lines yang merupakan saluran kontena Intra-Asia terkemuka memulakan panggilan sulungnya ke Malaysia di BICT, Pelabuhan Bintulu pada September 2014.

Ini menandakan panggilan langsung pertama untuk SITC ke Pelabuhan Malaysia dan sejak itu, SITC Container Lines telah menjadi salah satu daripada Saluran Perkapalan Penghantaran Pertama yang menyumbang kepada penghantaran kontena Bintulu menghubungkan Bintulu terus ke pasaran Intra-Asia yang meliputi China, Korea, Jepun, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Perhubungan penghantaran terus dari Bintulu ke Pelabuhan Intra Asia oleh SITC akan memberi manfaat kepada industri pengeluar di Sarawak dan Sabah khususnya pelabur di Taman Perindustrian Samalaju dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dari segi masa singkat untuk transit dan pengurusan logistik dengan kos efektif.

Tahun lepas, BICT telah mencapai kadar pertumbuhan kontena tertinggi dalam kalangan Pelabuhan Malaysia dengan pertumbuhan sebanyak 13 peratus menjadikan sejumlah 349,792 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) dan mencapai jumlah terbesar di Malaysia Timur. BICT diiktiraf oleh talian perkapalan sebagai salah satu Terminal Kontena yang paling cekap dan bertanggungjawab di Malaysia.

Pemilihan Pelabuhan Bintulu oleh SITC untuk perkhidmatan ini menandakan keyakinan mereka terhadap prestasi operasi Pelabuhan Bintulu dengan perkhidmatan yang cekap dan penyediaan kemudahan kontena yang lebih baik.

Terdapat potensi jumlah kontena yang boleh dialihkan ke Pelabuhan Bintulu untuk penghantaran ke laluan perdagangan Intra Asia. BPSB dan SITC akan bekerjasama terutamanya dalam usaha pemasaran bersama dalam menarik jumlah kontena untuk memanfaatkan perkhidmatan CPX7 ini.

BPSB menghargai usaha SITC dalam membuat panggilan ke-2 ini menjadi realiti dan akan terus meningkatkan perkhidmatan dan kemudahannya untuk memastikan semua pelanggan mendapat masa sesingkat mungkin untuk pusingan ketibaannya ke pelabuhan.

Kehadiran SITC dan panggilan kedua itu menyediakan penyambungan penghantaran langsung yang lebih kerap dan kapasiti ruang tambahan ke kawasan Perdagangan Intra Asia melalui Pelabuhan Bintulu.

Ini seterusnya akan memberi pilihan tambahan untuk pengirim di sini dalam memilih pengendali saluran utama untuk mengatur logistik kargo mereka terus ke destinasi eksport dan import.

Advertisement