Anda di sini

Biaramas tandatangani Scania Ecolution

Advertisement
 Lai menerima replika kunci bas Scania Ecolution daripada Pengurus Bengkel Scania Bintulu, Jeffery Insol (kiri) sambil disaksikan Tan (dua kiri) dan Pengurus Operasi Kuching Sentral, Stanley Ong (kanan) pada majlis penyerahan bas semalam. — Gambar oleh Chimon Upon
SIMBOLIK: Lai menerima replika kunci bas Scania Ecolution daripada Pengurus Bengkel Scania Bintulu, Jeffery Insol (kiri) sambil disaksikan Tan (dua kiri) dan Pengurus Operasi Kuching Sentral, Stanley Ong (kanan) pada majlis penyerahan bas semalam. — Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Biaramas Express Sdn Bhd (Biaramas), pengendali Bus Asia merupakan pengusaha bas pertama di Sarawak yang menandatangani perjanjian Scania Ecolution bersama Scania Malaysia.

Perjanjian berkenaan menyaksikan Biaramas akan mengguna pakai Scania Ecolution untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2).

Scania Ecolution adalah perkongsian khusus yang direka untuk mengurangkan pelepasan CO2 dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Pengurus Besar Biaramas, Lai Sin Kiong berkata, Biaramas amat teruja dengan kerjasama Scania Ecolution berkenaan kerana ia selamat dan memberi keselesaan kepada penumpang kenderaan mereka.

“Kita memilih untuk kerjasama Scania Ecolution ini pertamanya kerana keselamatan, di mana ia boleh memantau dan mengawal had kelajuan pemanduan.

“Keduanya, ia memberi keselesaan kepada penumpang atau pelanggan kami. Kami telah menjalin kerjasama dengan Scania Malaysia sejaka sembilan tahun lepas.

“Sehingga kini kami mempunyai 26 unit bas Scania dengan tujuh di bawah perjanjian Scania Ecolution,” katanya sambil memberitahu, sehingga kini Biaramas mempunyai 70 bas kesemuanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis simbolik penampilan logo Scania Ecolution pada Bus Asia dan penyerahan bas kepada Biaramas yang dihadiri Pengarah Jualan Scania Asia Tenggara Daniel Tan di Kuching Sentral di sini, semalam.

Lai berkata, pihaknya dalam usaha untuk mengguna pakai kesemua bas mereka ke Scania selaras dengan usaha kerajaan negeri ke arah kenderaan awam mesra alam.

Sementara itu Tan pada sidang media berkata, pihaknya bangga dengan inisiatif Biaramas kerana komited untuk mengurangkan pelepasan CO2 dalam operasi mereka.

“Semenjak Scania Ecolution bermula pada tahun 2018, kami menjalin kerjasama dengan banyak syarikat termasuk pengendali bas di Semenanjung Malaysia.

“Kini kami mengembangkannya ke Sabah dan Sarawak, di mana Biaramas merupakan pengusaha pertama di negeri ini yang menandatangani kerjasama ini,” katanya.

Tan berkata, Scani Ecolution dicapai melalui pengoptimuman kenderaan dan sasaran pengurangan bahan api dan CO2 yang dipersetujui.

Tambahnya, kemajuan untuk mencapai sasaran akan sentiasa dipantau, dinilai dan dibincangkan dengan Pengurus Scania Ecolution untuk memastikan hasil yang diinginkan.

“Scania Ecolution memberi tumpuan untuk mengurangkan kos operasi yang diterjemahkan kepada keuntungan yang lebih baik sambil mengisi permintaan yang semakin meningkat untuk inisiatif hijau,” kata beliau.

  • oleh
  • Advertisement