Anda di sini

Polis kesan suspek pukul gara-gara parking melulu

Advertisement
MOHD HARIS
MOHD HARIS

PENAMPANG: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul orang awam selepas ditegur untuk mengalihkan keretanya yang menghalang lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian jam10.30 malam itu berlaku apabila mangsa berumur 35 tahun menegur suspek untuk mengalihkan kenderaannya di hadapan sebuah kedai runcit di Putatan.

“Teguran itu menyebabkan suspek marah serta berlakunya salah faham antara mereka sebelum suspek bertindak agresif menolak pintu keretanya dan mangsa terjatuh ke atas jalan.

“Suspek kemudiannya keluar dari keretanya lalu memukul mangsa sebelum dileraikan orang awam yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis di IPD Penampang jam 12.49 tengah malam.

“Bertindak dengan laporan polis kini sedang mengesan suspek berumur 55 tahun yang sudah dikenalpasti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement