Anda di sini

Lelaki didakwa di bawah Akta Jenayah Komputer 1997

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini meminta dibicarakan atas tuduhan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

Jemarin Hin, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ummu Kalthom Abd Samad, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan juru bahasa.

Tertuduh didakwa melakukan capaian tanpa kuasa dalam melakukan menyalahgunakan harta dengan curang, pada 9 Jun jam 7.22 pagi di Bank Simpanan Nasional (BSN) Karamunsing di sini.

Sabit salah mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dibaca bersama Seksyen 4 (3) akta sama, denda maksimum RM150,000 atau penjara selama 10 tahun, atau kedua-duanya.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Ummu Kalthom menetapkan tarikh pengurusan kes pada 13 September terhadap Jemarin yang diperintahkan melaporkan dirinya di balai polis terdekat pada setiap minggu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Mohamad Ali Imran dan tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement