Anda di sini

SMK Kuhara laungkan Kempen Nature Hero

Advertisement
 Peserta program dan guru pembimbing bergambar bersama sebelum memulakan Program Nature Hero di pesisiran Traulsen.
KENANG-KENANGAN: Peserta program dan guru pembimbing bergambar bersama sebelum memulakan Program Nature Hero di pesisiran Traulsen.

TAWAU: Seramai 60 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara beserta lima guru menjalankan misi membersihkan pesisiran Traulsen Daerah Tawau di bawah Program Nature Hero.

Program itu disempurnakan oleh ahli jawatankuasa Program E²=S+E(M) (Environmental Education, Science, Technology, Engineering, Mathematics) dan Kelab Rakan Alam Sekitar Sekolah (RASS) sekolah berkenaan.

Program Nature Hero itu diketuai oleh Amsah Arase selaku ketua guru pembimbing Kelab RASS SMK Kuhara dan dibantu oleh empat guru iaitu Nuraini, Hamieafzani, Famieza dan Hamidah.

Menurut Amsah, program itu amat baik untuk diimplementasi kepada pelajar kerana secara tidak langsung ia dapat membentuk pelajar untuk mencintai alam sekitar.

"Selain itu, program ini juga untuk mendidik serta menggalakkan masyarakat sekitar menjaga kebersihan dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan bebas sampah," katanya.

Bagi pelajar Ayman Suzairie yang juga pengerusi Kelab RASS SMK Kuhara, program itu mendapat sambutan yang luar biasa dari kalangan ahli kelab RASS itu sendiri serta penglibatan pelajar yang lain.

 Peserta program mengutip sampah sarap sepanjang pesisiran Traulsen.
KUTIP SAMPAH: Peserta program mengutip sampah sarap sepanjang pesisiran Traulsen.

Katanya program itu berjaya mencapai objektifnya iaitu dapat mengindahkan pemandangan di sekitar pesisiran Traulsen serta dapat menyemai nilai cintakan alam sekitar dalam kalangan rakan-rakan beliau.

Slogan ‘Save Mothe Nature’ yang digunakan dalam program itu mampu mendidik pelajar untuk mula mengorak langkah dalam usaha menyelamatkan khazanah alam yang tiada taranya.

Advertisement