Anda di sini

SK Matunggong lancar sambutan Bulan Kemerdekaan semai patriotisme pelajar

Advertisement
 Pelajar berhimpun untuk sambutan majlis.
BERHIMPUN: Pelajar berhimpun untuk sambutan majlis.

MATUNGGONG: Sekolah Kebangsaan Matunggong melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri pelajarnya.

Majlis pelancarannya disempurnakan Guru Besar Asung Japril di perkarangan sekolah yang dihadiri 455 warga sekolah.

Menurut Asung, sambutan kali kelima itu akan berlangsung sehingga 16 September depan.

"Bersesuaian dengan pepatah Melayu, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya', program ini akan mendedahkan pelajar untuk memahami, menghargai dan mencintai negara tercinta ini.

 Asung ketika menyempurnakan perasmian majlis.
PERASMIAN: Asung ketika menyempurnakan perasmian majlis.

"Dalam masa yang sama, pelajar juga akan didedahkan nilai-nilai murni lebih menghargai diri sendiri, keluarga, komuniti dan masyarakat majmuk di negara ini," katanya di sini pada Isnin.

Antara pengisian program yang akan diijalankan ialah jogathon semarak merdeka, sukaneka, mewarna bendera, melukis bendera, deklamasi sajak, menulis esei, pertandingan busana kemerdekaan, mencipta pantun, koir dan lain-lain.

  • oleh
  • Advertisement