Anda di sini

Polis tahan bekas guru agama sentuh kemaluan pelajar

Advertisement
MOHD HARIS
MOHD HARIS

PENAMPANG: Polis menahan bekas guru agama di sebuah madrasah selepas dipercayai melakukan perbuatan seksual kepada pelajar lelaki di Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata suspek lelaki itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis berkenaan kejadian.

“Kejadian berlaku apabila mangsa yang juga pelajar tingkatan empat menyedari kemaluannya diraba kira-kira jam 1.30 pagi semasa tidur di rumah ibadat.

“Mangsa yang terjaga dengan perbuatan itu segera melarikan diri sebelum membuat laporan polis di IPD Penampang sehari selepas kejadian akibat malu dan takut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Haris berkata bertindak dengan laporan pihaknya menahan reman suspek berumur 20-an dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

  • oleh
  • Advertisement