Anda di sini

Pelajar UBD tamat kursus empat minggu di UMS

Advertisement
 Pelajar UBD yang menyertai kursus empat minggu di UMS merakam gambar kenangan.
KENANGAN: Pelajar UBD yang menyertai kursus empat minggu di UMS merakam gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Seramai 15 pelajar perubatan pergigian dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang menyertai kursus intensif Anatomi selama empat minggu di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (FMHS UMS) baru-baru ini.

Menurut Anatomi Perubatan FMHS UMS Dr Tanveer Hossain Parash, pelajar pergigian itu adalah kumpulan pertama dari UBD yang datang dan belajar secara terperinci mengenai anatomi manusia.

"Sepanjang tempoh empat minggu kursus diadakan, kita telah mengajar mengenai anatomi pembedahan kepala dan leher manusia secara mendalam.

"Ini penting kepada mereka sebagai pelajar perubatan pergigian yang boleh menggunakan ilmu yang didapati ini dalam pengajian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan kuliah serta kerja pembedahan berkaitan dan para pelajar sangat berminat dengan pembelajaran itu.

Sementara itu, Timbalan Dekan FMHS UMS Dr Yeap Boon Tat berkata, pelajar yang datang menyertai kursus itu adalah penambahan pelajar perubatan UBD yang sudah datang ke FMHS UMS sejak 2014.

"Kami sangat gembira pelajar UBD bersama kita, ini akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan universiti berkenaan.

"UMS juga menggalakkan pelajar perubahan dan jururawat UMS untuk mengambil peluang ke Brunei sepertimana pelajar UBD ke sini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement