Anda di sini

Letupan besar di Kaherah akibat bom kereta

Advertisement
 Barang milik mangsa dilihat di celah runtuhan batu di hadapan muka bangunan Institut Kanser Negara yang rosak selepas kebakaran semalaman susulan letupan kuat di Kaherah, Mesir kelmarin. — Gambar Reuters
YANG TINGGAL: Barang milik mangsa dilihat di celah runtuhan batu di hadapan muka bangunan Institut Kanser Negara yang rosak selepas kebakaran semalaman susulan letupan kuat di Kaherah, Mesir kelmarin. — Gambar Reuters

KAHERAH: Letupan besar yang mengorbankan 20 orang di Kaherah disebabkan oleh sebuah kereta dipandu laju yang membawa bahan letupan, kata pegawai Mesir kelmarin manakala saksi menggambarkan pembunuhan beramai-ramai.

Kereta dipandu melawan arus ketika ia melanggar tiga kenderaan lain sejurus sebelum tengah malam Ahad, yang menyebabkan letupan besar di luar Institut Kanser Negara.

“Mangsa tanpa kepala dan orang berlumuran darah menyebabkan mereka tidak dapat dikenali,” kata seorang saksi, Mohamed Fathy.

“Beberapa kepala terbakar di atas tanah.”

Empat daripada 20 orang yang maut masih belum dicam, kata kementerian ke-sihatan kelmarin, manakala 47 lagi cedera.

Antara “tiga hingga empat (mangsa cedera) berada dalam keadaan parah di unit rawatan rapi”, kata Khaled Megahed, selaku jurucakap kementerian kesihatan, pada satu sidang akhbar.

Dia berkata, mereka meng-alami pelbagai tahap ke-lecuran.

Bahagian badan dijumpai dari tempat kejadian, tambahnya.

Presiden Abdel Fattah al-Sisi menggambarkan letupan sebagai satu “insiden pengganas”.

Dalam paparan media sosial, beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat Mesir.

Kementerian Dalam Ne-geri berkata, pemeriksaan teknikal menunjukkan “sejumlah bahan letupan ada dalam kereta terbabit, yang menyebabkannya meletup apabila ia berlanggar.”

Seorang lagi saksi, Moham Zaki, berkata, “batu dan besi turun bak hujan... saya lari kepada anak perempuan saya untuk melindungi-       nya. Saya melihat kepala-nya dihempap oleh sesuatu, adakah ia bahagian sebuah kereta?”

Saksi ketiga, Mohammed, berkata, “pada mulanya kami merasai tekanan, tekanan di sekeliling kami dan di dalam telinga kami.”

“Selepas seketika, kami mendengar bunyi letupan, ia adalah ekstrem, kami menyangka ia adalah gempa bumi.”

Pengguna media sosial memaparkan rakaman kereta yang terbakar di tempat kejadian selain pesakit yang dikeluarkan dari Institut Kanser, yang rentung dan rosak teruk dalam letupan yang berlaku.

Megahed berkata, 78 pesakit kanser dari institut dipindahkan ke hospital lain untuk meneruskan rawatan mereka.  

Kementerian Dalam Ne-geri dan polis berkata, mereka mengesyaki kumpulan Hasm, sekutu bersenjata Ikhwanul Muslimin, mendalangi serangan itu.

Kumpulan Hasm muncul pada 2016 dan pada masa lalu mengaku bertanggungjawab bagi beberapa serangan.

Pihak berkuasa Mesir mengetuai operasi untuk menangkap anggota Ikhwanul Muslimin selepas angkatan tentera menggulingkan presiden Islamis, Mohamed Morsi, pada 2013.

Sejak itu Mesir telah me-nyaksikan peningkatan dalam serangan keagamaan yang menyasari masyarakat minoriti Kristian dan pasukan keselamatan.

Pada Februari 2018, angkatan tentera melancarkan ope-rasi ke atas pelampau jihad di seluruh negara, tertumpu terutamanya di Sinai Utara, di mana kumpulan Daesh (IS) adalah signifikan.

Mesir baharu sahaja me-nganjurkan kejohanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika, yang melibatkan operasi keselamatan besar-besaran di Kaherah dan tempat lain untuk melin-dungi orang ramai daripada serangan.

Kakitangan bersenjata be-rat dan kenderaan perisai mengambil kedudukan di se-keliling stadium, dan banyak pos pemeriksaan menapis aliran manusia yang mahu memasuki arena. — AFP

Advertisement