Anda di sini

Lelaki kena sembilan tahun penjara, satu sebat, seksual terhadap kanak-kanak

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara sembilan tahun dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Spencer Juli @Chidon, 28, yang mana semalam untuk keputusan kes selepas perbicaraan penuh dijalankan.

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh didapati bersalah melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 10 tahun sekitar Ogos tahun lalu jam 5 petang di rumah sebuah kampung di daerah Kota Belud.

Sabit salah mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Semasa rayuan, peguam Wati Junius yang mewakili tertuduh memohon hukuman anak guamnya diringankan.

Menurutnya tertuduh seorang pesalah muda yang baru memulakan kehidupan dan bekerja sebagai pekerja am.

Tertuduh juga merancang ingin melanjutkan pelajarannya, namun gagal melakukan demikian akibat daripada kes berkenaan.

Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip meminta hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh supaya menjadi pengajaran dan amaran kepada orang awam.

  • oleh
  • Advertisement