Anda di sini

Lelaki jadi ‘perisai’ isteri dalam insiden tembakan di Texas meninggal dunia

 Gambar serahan keluarga dari Ciudad Juarez, Mexico kelmarin menunjukkan Velazquez dan Estela, yang menjadi antara mangsa insiden tembakan beramai-ramai                             di pasar raya Walmart di El Paso, Texas, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas. — Gambar Velazquez Family/Reuters
CINTA SEJATI: Gambar serahan keluarga dari Ciudad Juarez, Mexico kelmarin menunjukkan Velazquez dan Estela, yang menjadi antara mangsa insiden tembakan beramai-ramai di pasar raya Walmart di El Paso, Texas, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas. — Gambar Velazquez Family/Reuters

KOTA MEXICO: Seorang lelaki Mexico yang bertindak menjadikan dirinya sebagai perisai untuk melindungi isterinya daripada peluru dalam insiden tembakan beramai-ramai di El Paso, Texas, meninggal dunia kelmarin, kata pihak berkuasa dan keluarganya, meningkatkan angka rakyat Mexico yang terbunuh dalam salah satu daripada dua tembakan beramai-ramai pada hujung minggu lepas di Amerika Syarikat (AS) kepada lapan orang.

Juan de Dios Velazquez, 77, telah berpindah ke El Paso bersama dengan isteri-nya Estela Nicolasa, 65, dari Ciudad Juarez, hanya di seberang sempadan di Mexico, enam bulan sebelum mereka terperangkap dalam insiden tembakan beramai-ramai pada Sabtu lepas di sebuah pasar raya Walmart.

“Beliau tidak lagi mampu bertahan, jantungnya mulai gagal untuk berfungsi,” kata Idaly Velazquez, anak saudara perempuannya, yang mengesahkan kematian beliau kepada Reuters.

“Estela, yang terkena tembakan di perut, juga telah dibedah dan berada dalam keadaan stabil sekarang,” tambahnya.

Serangan itu, disusuli 13 jam kemudian oleh satu lagi di Dayton, Ohio, telah mencetuskan kemarahan di Mexico, di mana pihak berkuasa sedang mempertimbangkan litigasi menyatakan insiden tersebut merupakan tindakan keganasan terhadap rakyat Mexico yang tinggal di Amerika Syarikat.

Itu akan membuka pintu kepada permohonan eks-tradisi untuk penembak tersebut.

El Paso merupakan sebuah bandar dwi bahasa di sempadan AS-Mexico dengan satu sejarah panjang yang menarik rakyat Mexico untuk menetap bersama dengan keluarga mereka tidak jauh dari kampung halaman mereka, atau sekadar melawat bagi aktiviti membeli-belah pada hujung minggu.

Kelmarin, Menteri Luar Negara Marcelo Ebrard, yang telah melawat El Paso,  berkata di Twitter, “malangnya, Juan de Dios Velazquez Chairez yang berasal dari Zacatecas telah meninggal dunia. Ucapan takziah kami kepada keluarga dan rakan-rakannya. Lapan orang telah meninggal dunia akibat tindakan keganasan pada Sabtu lepas.”

Velazquez menjalani beberapa pembedahan di Pusat Perubatan Del Sol di El Paso selepas peluru mengenai bahagian organnya, kata seorang lagi anak saudaranya, Norma Ramos, pada Ahad lepas dari Ciudad Juarez.

Bapa saudaranya telah ditembak dari jarak dekat dan peluru itu menembusi beliau dan mengenai isteri-nya, Ramos memberitahu Reuters.

Kematian Velazquez kelmarin meningkatkan angka korban keseluruhan kepada 22 orang, kata polis El Paso di akaun Twitter. — Reuters