Anda di sini

Dua maut bot terbalik di Pitas

Advertisement
 

KOTA MARUDU: Dua maut manakala seorang lagi masih hilang selepas bot yang dinaiki terbalik di perairan Pitas di sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata kejadian berlaku apabila lima individu termasuk tiga lelaki dan dua wanita menaiki bot pam dari Kampung Malubang menuju ke Kudat.

“Sebaik membeli barang keperluan di Kudat mangsa kemudian balik ke Pitas menaiki bot sama dan keadaan cuaca buruk serta angin kencang ketika itu.

“Kira-kira jam 12 tengah hari bot dinaiki terbalik selepas dihempas ombak di perairan terbabit,” katanya.

Menurutnya seorang mangsa wanita berjaya diselamatkan sebuah bot yang menuju ke Kampung Naruntung Pitas dan mangsa dihantar ke Kampung Berungus Pitas kemudian.

“Sebaik penduduk dimaklumkan berkenaan kejadian sebuah bot dari Kampung Berungus bergerak menjalankan pencarian sebelum menemukan tiga mangsa lelaki termasuk dua meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa wanita belum ditemui dan usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) giat dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia),” katanya.

Beliau berkata maklumat lain akan disalurkan dari semasa ke semasa.

  • oleh
  • Advertisement