Anda di sini

3,150 bungkus rokok seludup dirampas

Advertisement
 FIRDAUS (kiri) menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas dalam serbuan di tiga rumah di Kudat.
RAMPASAN: FIRDAUS (kiri) menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas dalam serbuan di tiga rumah di Kudat.

KUDAT: Polis merampas sebanyak 3,150 bungkus rokok seludup dalam beberapa siri serbuan di tiga buah rumah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata serbuan dijalankan di sebuah rumah dipercayai tempat penyimpanan rokok seludup di Kampung Layung Ayang dan Tanjung Kapor.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemukan sebanyak 3,150 bungkus rokok seludup. Tiga lelaki serta dua wanita turut ditahan dipercayai menyimpan kesemua rokok seludup terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanan Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, dua suspek lelaki ditahan reman selepas dipercayai melakukan empat siri kes kes pecah pejabat, rumah, kereta serta menceroboh sebuah pasaraya di sini.

“Suspek yang berasal dari luar Kudat ini ditahan melalui pengecaman kamera litar tertutup (CCTV) serta dikesan mempunyai banyak rekod jenayah lampau dalam pelbagai kesalahan,” katanya.

Menurutnya polis turut menahan lima pengedar, 26 memiliki dadah serta 208 penagih dalam tempoh Januari sehingga Julai di sini.

“Sepanjang tempoh itu, kita berjaya merampas 41.55 gram syabu dan kesemua suspek ditahan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat serta gambar suspek menggunakan telefon bimbit dan memberikan kedudukan suspek kepada pihak polis agar penangkapan dapat dijalankan serta merta,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement