
TAMBUNAN: Seramai 225 orang akan menerima Bantuan Sara Hidup bagi fasa 2 dan 3 yang akan diadakan di dewan masyarakat di sini pada 9 Ogos, bermula jam 8 pagi.
Pegawai Daerah Jumain Abdul Ghani berharap agar bantuan yang diberikan itu memberi manfaat kepada para penerimanya.
"Kerajaan hari ini telah menyalurkan bantuan seumpama ini yang sudah pasti dapat membantu golongan yang memerlukan," katanya di sini pada Selasa.
Beliau berharap mereka yang tersenarai sebagai penerima dapat hadir pada hari berkenaan.