Anda di sini

Tembakan di Texas dikategori kes keganasan domestik: Peguam AS

Advertisement
 Orang awam dilihat berdoa di memorial sementara di luar Cielo Vista Mall Wal-Mart di mana lelaki bersenjata membunuh 20 orang di El Paso, Texas kelmarin. — Gambar AFP
DOA BUAT MANGSA: Orang awam dilihat berdoa di memorial sementara di luar Cielo Vista Mall Wal-Mart di mana lelaki bersenjata membunuh 20 orang di El Paso, Texas kelmarin. — Gambar AFP

NEW YORK: Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengkategorikan insiden tembakan rambang secara besar-besaran di negeri Texas pada Sabtu, yang meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa, sebagai satu kes keganasan domestik, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan peguam negara kelmarin.

“Kami mengkategorikan El Paso sebagai satu kes keganasan domestik,” kata John Bash, peguam AS bagi Daerah Barat Texas, di Twitter.

“Oleh itu, kami akan melakukan apa yang kami lakukan kepada pengganas di negara ini, menegakkan keadilan dengan pantas dan pasti,” kata Bash.

Serangan di sempadan bandar El Paso di Texas menyebabkan 20 orang maut dan 26 lagi cedera.

Seorag lelaki kulit putih berusia 21 tahun telah ditahan.

Sementara itu, datuk ban-dar San Francisco London Breed kelmarin menggesa para pegawai kerajaan meng-ambil tindakan serius bagi mengawal jenayah berkaitan senjata api susulan dua insiden tembakan maut yang meragut 29 nyawa di negeri-negeri Texas dan Ohio, lapor agensi berita Xinhua.

“Ketika kita berduka cita mengenang mangsa insiden tembakan rambang secara besar-besaran ini di seluruh negara, kita sedar ia adalah akibat kegagalan para pegawai yang dipilih untuk menggubal #GunControlNow. Ia tidak sepatutnya jadi begini,” kata Breed menerusi Twitter pada kelmarin.

Datuk bandar San Francisco itu mengulas dua insiden tembakan rambang secara besar-besaran di El Paso, Texas yang meragut 20 nyawa semasa musim orang ramai berbelanja membeli barangan kembali ke sekolah, dan di Daerah Dayton, Oregon di Ohio yang menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang maut beberapa jam selepas pembunuhan di El Paso.

Kedua-dua insiden adalah jenayah berkaitan senjata api terkini yang berlaku kira-kira seminggu selepas seorang lelaki bersenjata menembak mati tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan seorang remaja wanita berusia 13 tahun, di sebuah pesra bawang putih tahunan di bandar Gilroy, kira-kira 129 kilometer di selatan San Francisco, pada 28 Julai. — Bernama

Advertisement