Anda di sini

Sabah sasar kerjasama dengan rakan dagangan baharu

Advertisement

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan menyasarkan beberapa negara baharu yang berpotensi menjadi rakan dagangan negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, negara-negara terbabit antaranya German, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan, dan Thailand.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata, negara berkenaan dijangka menjadi pengimport produk-produk Sabah terutama produk makanan.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan mengenal pasti beberapa lagi negara yang berpotensi untuk mempromosikan pelaburan melalui agensi di bawah kementeriannya berdasarkan jenis industri.

"Bagi industri kelapa sawit dan logistik pula, kita menyasarkan rakan dagangan dari negara Indonesia, Brunei, Taiwan, Eropah, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, dan New Zealand.

"Negara Rusia disasarkan untuk industri minyak dan gas manakala industri perabot berasaskan kayu, kita menyasarkan negara Jepun dan Vietnam," katanya.

MADIUS TANGAU
MADIUS TANGAU

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk James Ratib (Upko-Sugut) mengenai negara yang berpotensi menjadi rakan dagangan dan pasaran industri di Sabah.

Madius berkata, kerajaan turut melaksanakan beberapa program penggalakkan eksport melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR).

Katanya, ia termasuklah penyertaan dalam ekspo antarabangsa di negara seperti Dubai, Jepun, Korea Selatan, Thailand, dan Singapura.

"Hasil penyertaan dalam ekspo-eskpo itu berjaya mengumpulkan hasil jualan berjumlah RM89.3juta," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement