Anda di sini

PPM gagalkan cubaan seludup 400 liter petrol

Advertisement
 PPM Semporna menahan sebuah perahu yang membawa muatan 400 liter petrol yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.
RAMPASAN: PPM Semporna menahan sebuah perahu yang membawa muatan 400 liter petrol yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 400 liter minyak petrol di perairan Ambo Ambo di sini, kira-kira jam 6.30 petang Isnin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata pasukannya turut menangkap juragan perahu, 35, dan anak perahu, 25, di dalam operasi berkenaan.

SUSPEK
SUSPEK

“Perahu mereka dalam keadaan mencurigakan dan kita menemui petrol yang diisi dalam pelbagai saiz jerikin, disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya di sini pada Selasa.

Pasukannya turut merampas 12 jerikin, satu enjin sangkut dan satu perahu selain petrol yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah hampir RM15,000.

Menurutnya, juragan perahu itu juga didapati gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa petrol terbabit.

SUSPEK
SUSPEK

“Operasi ini dijalankan oleh sepasukan Unit Risikan Marin PPM Semporna yang disertai seorang pegawai dan enam anggota menggunakan botronda PSC 9,” katanya.

Tindakan menahan tahanan dan rampasan di dalam kes itu dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan.

Kesemua tahanan dan rampasan di dalam kes terbabit dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan susulan.

  • oleh
  • Advertisement