Anda di sini

Polis tembak mati penembak di Dayton

Advertisement
 Anggota polis dilihat bergegas ke tempat insiden tembakan dalam video pengawasan serahan Jabatan Polis Dayton di Ohio, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar Reuters
PANTAS BERTINDAK: Anggota polis dilihat bergegas ke tempat insiden tembakan dalam video pengawasan serahan Jabatan Polis Dayton di Ohio, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar Reuters

DAYTON: Ketika berkabung untuk mangsa dalam insiden tembakan lewat malam, bandar Dayton di Amerika Syarikat (AS) turut berterima kasih kelmarin bagi respons pantas anggota polis yang membunuh lelaki bersenjata dalam masa 30 saat, menghindarkan satu tragedi pada skala yang berlainan.

Connor Betts membunuh sembilan orang dan mence-derakan lebih 20 lagi apabila dia melepaskan tembakan dengan menggunakan raifal serangan di sebuah kawasan kejiranan yang penuh sesak dengan orang ramai yang berpesta hanya selepas jam 1 pagi waktu tempatan kelmarin.

Namun dalam masa kurang dari seminit, Betts yang berusia 24 tahun ditembak mati oleh anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian ketika meronda di kawasan berhampiran.

“Walaupun ini merupakan hari yang sangat menyedih-kan bagi bandar kami, saya berasa kagum dengan respons pantas anggota polis Dayton yang betul-betul menye-lamatkan ratusan nyawa lain,” kata Nan Whaley, datuk bandar bagi bandar yang terletak di Ohio.

“Fikirkan tentang kerosakan yang dia telah lakukan dalam tempoh yang singkat,” kata Presiden Donald Trump. “Ia adalah teruk, namun… ia mungkin boleh menjadi lebih teruk lagi.”

Pegawai kanan polis berkata anggotanya sedang melakukan rondaan rutin di daerah Oregon di Dayton, sebuah kawasan kejiranan bersejarah yang terkenal dengan bar, restoran dan panggung wayangnya, ketika Betts melepaskan tembakan.

Walaupun motif bagi pembunuhan itu masih belum jelas, ia bukan satu tindakan keganasan secara rambang. Dia telah menggunakan perisai badan dan dilengkapi dengan magazin 100 peluru yang membolehkan tembakan yang berterusan tanpa perlu untuk mengisi semula peluru. Dia turut memakai topeng.

Semasa insiden tembakan, adik perempuan Betts, Megan adalah di kalangan sembilan orang yang terbunuh.

Seorang saksi, Izack Johnson, mula merakam menggunakan kamera telefonnya sebaik sahaja mendengar tembakan pertama, yang beliau pada mulanya sangka adalah bunyi mercun.

Dalam rakaman tersebut, yang disiarkan oleh CNN, tembakan yang berterusan dapat didengari bergema di sekitar daerah itu sebelum tembakan bertalu-talu yang lebih kuat yang tampaknya adalah respons daripada pihak polis.

Rakaman itu berlangsung hanya 20 saat sebelum bunyi bising itu berhenti tiba-tiba.

“Kemudian saya melihat orang berlari, beberapa kereta mula keluar dari simpang, secara semberono,” Johnson memberitahu CNN  ketika menceritakan keadaan panik tersebut.

Ketua Polis Dayton Ri-chard Biehl berkata, anggota polis berada di kawasan itu melakukan rondaan rutin ketika tembakan berlaku.

“Anggota polis sedang meronda di daerah Oregon semasa waktu penutupan bar dan telah mendengar bunyi tembakan,” katanya pada sidang media di bandar itu, tengah hari kelmarin.

“Mereka melihat sekum-pulan besar orang awam melarikan diri dari tembakan ini. Anggota polis tersebut segera bergerak ke arah bunyi tembakan dan dalam masa tepat 20 saat mereka menemui suspek yang sedang aktif menembak dan cuba untuk memasuki sebuah kedai menjual minuman keras yang penuh sesak.

“Ancaman telah dineutralkan dalam tempoh 30 saat dari masa suspek melepaskan tembakan pertamanya.”

Polis berkata, Betts telah cuba untuk masuk ke dalam sebuah bar bernama Ned Peppers yang masih lagi penuh dengan pengunjung malam Sabtu.

“Sekiranya individu ini berjaya masuk melalui pintu Ned Peppers, dengan tahap senjatanya, mungkin akan berlaku… kecederaan dan kehilangan nyawa yang lebih dahsyat lagi,” jelas Biehl.

“Maka menghalang dia sebelum dia berjaya masuk ke dalam, di mana kamu melihat semua orang yang berlari menyelamatkan diri, ia adalah penting.”

Insiden tembakan beramai-ramai paling berdarah dalam sejarah moden AS berlaku pada Oktober 2017 apabila seorang pesara akauntan berusia 64 tahun melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menghadiri konsert muzik ‘country’ terbuka di Las Vegas, mengorbankan 58 orang dan mencederakan kira-kira 500 lagi.

Stephen Paddock melepaskan tembakan sebanyak lebih 1,000 kali ke arah orang ramai ketika berlindung di dalam sebuah bilik di tingkat 32 di Mandalay Bay Resort and Casino, bermakna tembakannya berlaku tanpa gangguan selama kira-kira 10 minit.

Pada sidang media kelmarin, polis memainkan rakaman panggilan 911 yang dilakukan oleh salah seorang warga awam.

“Kami mempunyai seorang penembak yang aktif,” kata pemanggil itu. Dia telah menembak ke udara. Orang ramai berlari dan menjerit. Penembak aktif.”

Sherrod Brown, yang mewakili Ohio dalam Se-nat AS, berkata pegawai perubatan yang bergegas ke tempat kejadian juga membantu mengehadkan angka kematian secara ke-seluruhan.

“Saya percaya 20 responder pertama dari wilayah muncul sebagai tambahan kepada enam atau tujuh orang dari bandar Dayton yang tiba dalam masa 20 minit bagi menyelamatkan nyawa, maka itulah apa yang dilakukan oleh komuniti tempatan dalam keadaan seperti ini,” kata Brown. — AFP

Advertisement