Anda di sini

Kemudahan tong sampah RORO diperluas ke pinggir bandar

Advertisement
 Jaujan (duduk, dua kiri) ketika sidang media itu. Turut kelihatan ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew (duduk, kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Masnah Matsalleh (duduk, dua kanan), Timbalan Presiden MPT Tony Koh (berdiri, dua kiri), Setiausaha Akhbar Timbalan Ketua Menteri Murni Roslee (berdiri, kiri) bersama tetamu kehormat yang lain.
SIDANG MEDIA: Jaujan (duduk, dua kiri) ketika sidang media itu. Turut kelihatan ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew (duduk, kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Masnah Matsalleh (duduk, dua kanan), Timbalan Presiden MPT Tony Koh (berdiri, dua kiri), Setiausaha Akhbar Timbalan Ketua Menteri Murni Roslee (berdiri, kiri) bersama tetamu kehormat yang lain.

KOTA KINABALU: Perkhidmatan penyediaan tong-tong sampah Roll On Roll Off (RORO) akan diperluas ke luar kawasan perkadaran majlis daerah khususnya di pinggir bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, tong sampah RORO tidak seharusnya hanya diguna di kawasan bandar, tetapi luar bandar juga memerlukan kemudahan itu.

"Kemudahan itu akan memudahkan pihak konsesi mengurus sampah dengan lebih sistematik seterusnya membantu menjaga kebersihan.

"Keningau contohnya, sampah yang dihantar ke daerah itu adalah dari Sook dan Bingkor, ada yang sanggup membawa sampah sejauh 5 kilometer hanya untuk menjaga kebersihan.

"Ini satu amalan baik. Setelah berbincang, sudah tiba masanya tong sampah RORO diperluaskan sehingga ke pinggir bandar," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Persidangan DUN ke-15 di sini pada Selasa.

Beliau berkata penggunaan tong sampah RORO juga menyenangkan pihak konsesi mengurus sampah untuk dibawa ke pusat pelupusan sisa pepejal.

Katanya, kerajaan juga sudah menyediakan peruntukan bagi pembekalan tong-tong RORO dan pembinaan pusat pembuangan sampah bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk menyediakan kemudahan itu.

"Majlis Perbandaran Tawau (MPT) contohnya, mempunyai kewangan kukuh, maka ia menggunakan kewangan sendiri dengan bajet tahunan sebanyak RM330,000 bagi tujuan pembelian tong RORO, pembaikan tong RORO, pembelian 'leach bin' berkapasiti 660 liter dan pembinaan pusat pembinaan sampah atau rumah sampah.

"Pada ketika ini, MPT mempunyai 32 tong RORO yang diletakkan dalam kawasan perkadaran cukai.

"Memandangkan harga seunit tong RORO adalah tinggi iaitu RM13,500 seunit. Maka, pihak MPT tidak berkemampuan untuk menyediakan peruntukan bagi kegunaan di kawasan perkampungan dan kawasan lain yang bukan dalam perkadaran MPT," katanya.

Jaujan berkata, kawasan yang terletak di luar perkadaran cukai MPT, iaitu kawasan tidak termasuk dalam penyediaan perkhidmatan kutipan sampah, pihak MPT memerlukan bantuan daripada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) untuk bekerjasama dengan MPT bagi menangani masalah pembuangan sampah di merata tempat.

Katanya, sekiranya pejabah Adun dapat menyediakan tong-tong RORO dan pusat pembuangan sampah teratur di kawasan perkampungan, pihak MPT bersedia menyediakan perkhidmatan mengangkut sampah di kawasan berkenaan dengan bayaran yuran minima.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pihaknya mengambil berat mengenai usaha menaik taraf gerai-gerai sayuran di Kundasang.

"Saya melihat sayur-sayuran di sana masih diletakkan di jalanan dan ini sesuatu yang tidak sihat kerana berisiko terkena kencing haiwan termasuk tikus.

"Saya menekankan bahawa pasar awam perlu mempunyai meja yang teratur agar sayur-sayuran diletakkan di atas meja bagi menjaga keselamatan kesihatan," katanya.

Menurutnya, projek membina gerai sayuran di Pekan Kundasang Ranau sedang dilaksanakan dan kemajuannya pada tahap 20 peratus. Ia dijangka siap pada hujung tahun ini.

  • oleh
  • Advertisement