Anda di sini

Hobbs & Shaw rampas kedudukan teratas box office Amerika Utara daripada ‘Lion King’

Advertisement
 Hobbs & Shaw’ di Los Angeles, California pada 13 Julai lepas. Filem ‘Fast & Furious’ berjaya menyingkirkan ‘The Lion King’ dari tangga teratas carta box office Amerika Utara selepas memperolehi kutipan jualan tiket yang dianggarkan sebanyak AS$60.8 juta pada hujung minggu. — Gambar Reuters
JUARA CARTA: Gambar fail menunjukkan Johnson dan Statham semasa tiba untuk tayangan perdana ‘Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw’ di Los Angeles, California pada 13 Julai lepas. Filem ‘Fast & Furious’ berjaya menyingkirkan ‘The Lion King’ dari tangga teratas carta box office Amerika Utara selepas memperolehi kutipan jualan tiket yang dianggarkan sebanyak AS$60.8 juta pada hujung minggu. — Gambar Reuters

FILEM ‘Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw’ berjaya menyingkirkan ‘The Lion King’ dari tangga teratas carta box office Amerika Utara selepas memperolehi kutipan jualan tiket yang dianggarkan sebanyak AS$60.8 juta.

Kisah terbaharu dalam francais Fast & Furious yang bertahan lama itu menampilkan Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Jason Statham berdepan dengan seorang “penganut fahaman anarki yang dipertingkatkan secara genetik siber” lakonan Idris Elba.

Ia menamatkan penguasaan box office oleh ‘The Lion King’, versi baharu sebuah filem animasi 1994 yang menggunakan imej janaan komputer yang sangat realistik dengan barisan pelakon suara termasuk Donald Glover sebagai Simba dan Beyonce sebagai Nala, selain Seth Rogen, Chiwetel Ejiofor dan James Earl Jones.

‘The Lion King’ memperolehi AS$38.2 juta untuk menduduki tempat kedua iaitu di hadapan filem ‘Once Upon A Time In Hollywood’ arahan Quentin Tarantino yang mendapat ulasan yang sangat bagus dan memperolehi AS$20 juta untuk menduduki tempat ketiga.

‘Once Upon a Time’, filem kesembilan daripada 10 filem yang dikatakan oleh Tarantino akan dibuat olehnya sebelum bersara, berlatarbelakangkan Tinseltown pada tahun 1969 dan menampilkan Leonardo DiCaprio, Brad Pitt, Margot Robbie dan Al Pacino.

Di tempat keempat adalah ‘Toy Story 4’ yang berjaya memperolehi AS$8.2 juta.

Filem terbaharu dalam francais animasi Disney/Pixar yang mesra keluarga yang bermula pada tahun 1995 itu menampilkan suara Tom Hanks (Woody) dan Tim Allen (Buzz Lightyear).

‘Spider-Man: Far from Home’, yang merupakan kesinambungan filem ‘Avengers: Endgame’ dan dibintangi oleh Tom Holland sebagai adiwira Marvel itu, menyusul di tempat kelima dengan AS$7.8 juta.

Melengkapkan 10 filem teratas pada hujung minggu di Amerika Utara adalah ‘Yesterday’ (AS$2.4 juta), ‘The Farewell’ (AS$2.4 juta), ‘Crawl’ (AS$2.2 juta), ‘Aladdin’ (AS$2 juta), dan ‘Annabelle Comes Home’ (AS$875,000). — AFP

Advertisement