Anda di sini

‘Four Weddings and a Funeral’ kini dalam siri televisyen

Advertisement
 Rebecca Rittenhouse menghadiri satu panel untuk siri televisyen ‘Four Weddings and a Funeral’ semasa Summer TCA (Television Critics Association) Press Tour di Beverly Hills, California baru-baru ini.  — Gambar Reuters
BARISAN PELAKON: Rebecca Rittenhouse menghadiri satu panel untuk siri televisyen ‘Four Weddings and a Funeral’ semasa Summer TCA (Television Critics Association) Press Tour di Beverly Hills, California baru-baru ini. — Gambar Reuters

MEMBAYANGKAN ‘Four Weddings and a Funeral’ tanpa Hugh Grant?

Itu adalah cabaran bagi pembuat sebuah siri TV baharu yang membuat perubahan abad ke-21 kepada komedi romantik British dari tahun 1994 yang menjadikan Grant, yang cemerkap dan pada asasnya begitu Inggeris, seorang bintang antarabangsa.

Lalu mereka memutuskan untuk memusatkan siri 10 episod itu kepada watak-watak Amerika dengan kaitan British dan memilih barisan pelakon pelbagai kaum.

“Satu perkara yang saya tidak mahu buat adalah memaparkan seorang lelaki British dengan rambuat serabai,” kata pencipta bersama siri itu, Mindy Kaling, yang merujuk kepada Grant.

“Terdapat cara lain untuk benar-benar menjadi seksi,” kata Kaling kepada pemberita semasa satu mesyuarat Television Critics Association baru-baru ini.

NATHALIE EMMANUEL & NIKESH PATEL
NATHALIE EMMANUEL & NIKESH PATEL

Siri TV itu, juga dipanggil ‘Four Weddings and a Funeral’, telah pun dilancarkan menerusi Hulu pada 31 Julai.

Kaling, paling dikenali sebagai seorang bintang bersama dan seorang penulis dalam versi AS bagi ‘The Office’, berkata usaha untuk memberikan gambaran baharu kepada filem British yang amat disukai itu amat mencabar.

“Ia menakutkan, kerana semua kita begitu menyukai filem tersebut,” kata Kaling, juga terkenal kerana mencipta dan membintangi ‘The Mindy Project’.

Kemudian idea bagi beberapa “subversi lemah lembut” datang kepadanya, termasuk menceritakan “kisah cinta di antara seorang wanita Afrika-Amerika dengan seorang lelaki Britain-Pakistan”.

Selain itu, dia berkata dia tidak pernah melihat filem “di mana seorang warga Britain-Pakistan dan seorang warga Afrika-Amerika adalah rakan karib di tempat kerja – dan mereka bekerja dalam kewangan”, tambahnya.

“Hakikat bahawa watak-watak itu seakan-akan tidak ada sempadan perkauman ini … amat menyegarkan,” kata Kaling, seorang warga Amerika yang mempunyai warisan di Asia Selatan.

Filem ‘Four Weddings and a Funeral’ menceritakan tentang suka-duka yang dialami sekumpulan rakan karib British yang semuanya berkulit putih ketika mereka mencari, melepas, dan kehilangan cinta.

Ia membantu Grant memenangi anugerah Golden Globe dan melancarkan siri komedi romantik yang ditulis oleh Richard Curtis.

Siri TV Hulu itu dibuat di London dengan kerjasama Curtis.

Ia turut memasukkan adegan terkenal daripada filem Curtis yang lain, termasuk ‘Love Actually’ dan ‘Notting Hill’, kedua-duanya dibintangi Grant.

Andie MacDowell, yang membintangi filem asal, turut membuat penampilan dalam siri Hulu – kali ini sebagai ibu Texas yang suka menguasai kepada salah seorang wanita British yang mewah.

“Kami hanya mahu mengisi siri itu dengan momen filem Curtis,” kata Tracey Wigfield, salah seorang penerbit eksekutif. — Reuters

Advertisement