Anda di sini

Seorang terbunuh cenuram tebingan runtuh timpa pengunjung

Advertisement
 Beberapa anggota kecemasan meninjau runtuhan cerun di sebuah pantai di Encinitas, California, AS kelmarin. — Gambar Reuters
RUNTUH: Beberapa anggota kecemasan meninjau runtuhan cerun di sebuah pantai di Encinitas, California, AS kelmarin. — Gambar Reuters

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya seorang telah meninggal dunia dan tiga tercedera kelmarin ketika sebahagian dari cenuram tebingan lautan runtuh menimpa pengunjung pantai di California, menurut pihak berkuasa.

Insiden maut itu berlaku berhampiran sebuah bahagian tangga menuju ke Grandview Surf Beach, di utara San Diego.

Sekurang-kurangnya dua orang terpaksa diselamatkan dari bawah serpihan selepas mereka terperangkap, menurut Leftenan Ted Greenawald dari Jabatan Syerif San Diego County.

Terdapat tiada maklumat lanjut mengenai orang yang terkorban, kata beliau.

Kapten penyelamat kecemasan Encinitas Larry Giles memberitahu wartawan tempatan bahawa tiga orang telah tercedera dan dibawa ke hospital, termasuk seorang yang mengalami kecederaan kritikal dan terpaksa dibawa dengan helikopter.

Giles menyatakan anggota penyelamat telah menggunakan anjing untuk mencari kemungkinan mangsa lain.

Pantai di mana insiden ini berlaku terletak di sepanjang cerun batu pasir yang semakin terhakis sepanjang beberapa tahun ini.

Pada 2000, satu kejadian tanah runtuh mengorbankan seorang wanita yang berada di pantai sedang melihat suaminya meluncur.

Bandar Encinitas telah meletakkan papan tanda amaran di beberapa lokasi.

“Disebabkan oleh keruntuhan cenuram yang kerap, banyak pertimbangan telah diberikan bagi memastikan keselamatan mereka yang mengunjungi pantai kami,” menurut kepada laman sesawang bandar tersebut.

“Tolong berjaga-jaga di kebanyakan kawasan, pendakian berhampiran atau betul-betul di atas cenuram adalah tidak dibenarkan.

“Ia adalah penting bagi pengunjung untuk mengelak berdiri atau duduk di bawah cenuram yang tidak stabil, kerana ia mungkin akan runtuh.” — AFP

Advertisement