Anda di sini

Pelbagai pilihan makanan laut di Metrocity Seafood di Matang

Advertisement
 Albert (tengah) bersama Ong Sie Wen (tiga kanan) mewakili pemilik Ong Leong Ting dan Sherry (kiri) bersama kakitangan Metrocity Seafood mempamerkan makanan lazat yang terdapat di sini.
MAKANAN LAZAT: Albert (tengah) bersama Ong Sie Wen (tiga kanan) mewakili pemilik Ong Leong Ting dan Sherry (kiri) bersama kakitangan Metrocity Seafood mempamerkan makanan lazat yang terdapat di sini.
 Menjamu selera bersama hidangan ’Steam Empurau’.
HIDANGAN: Menjamu selera bersama hidangan ’Steam Empurau’.
 Masakan ‘Ketam Suri Teochew Style’.
SAJIAN: Masakan ‘Ketam Suri Teochew Style’.
 Pilihan menu ’Avocado Lobster’.
SANTAPAN: Pilihan menu ’Avocado Lobster’.

KUCHING:Metrocity Seafood di Matang menyediakan pelbagai pilihan menu makanan laut yang sungguh melazatkan bagi selera setiap lapisan umur masyarakat.

Pihaknya mempunyai ruang makan yang luas dan kondusif untuk menampung pelanggan yang datangnya dari kawasan Matang dan sekitarnya.

Pengunjung yang datang untuk berbuka selera di sini boleh memilih samada untuk duduk di dalam ruangan berhawa dingin atau tempat duduk biasa.

Terdapat satu ruangan VVIP yang boleh memuatkan 12 orang pada satu-satu masa, empat ruangan untuk mengadakan majlis hari jadi atau perjumpaan rakan sepejabat selain tempat duduk biasa di dalam bilik berhawa dingin yang sama bagi sembilan meja.

Ruangan tempat duduk biasa boleh memuatkan diantara 40 sehingga 50 meja pada satu-satu masa.

Setiap hidangan dimasak oleh Chef Albert Liew menggunakan produk halal dan pihaknya juga memaklumkan bahawa sedang dalam usaha untuk mendapatkan pensijilan halal daripada pihak berkuasa.

Metrocity Seafood, Matang menyediakan tempat letak kereta yang luas selain ruang makan yang kondusif bagi masa berkumpul bersama keluarga, anak-saudara dan sahabat-handai.

Buka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 11 malam para pengunjung boleh memilih seleksi makanan laut yang terdapat di dalam ruangan akuarium yang segar untuk dimasak terus di dapur Metrocity Seafood disini.

Antara yang menyelerakan dan perlu cuba di sini adalah ‘Avocado Lobster’, ‘Steam Empurau’, ‘Golden Garlic Curry Lobster’, ‘Ketam Suri Teochew Style’, ‘Deep Fried Crispy Fish Skin with Salted Egg Yolk’, ‘Ikan Tiga Rasa’ dan ‘Giant Groupe Two Flavour’.

Untuk tempahan meja boleh dibuat dengan menelefon Albert di talian 016-2269939, Sherry Liew 016-8708532 atau Mandy di 010-9748680.

Advertisement