Anda di sini

Kisah mekanik wanita berjaya dalam ‘Tumit Tinggi’ di TV1

Advertisement
 Barisan hos Tumit Tinggi.
CANTIK DAN BERBAKAT: Barisan hos Tumit Tinggi.

MENARIK pastinya dalam program ‘Tumit Tinggi’ pada minggu ini, jam 12.05 tengahari hari ini di TV1 berkongsi kisah Sazaimah Sai’on, seorang mekanik wanita yang berjaya menguasai bidang automotif yang biasanya dikuasai oleh golongan lelaki.

Ianya dibuktikan apabila beliau kini menjadi ketua mekanik di samping menjadi tenaga pengajar untuk memberi tunjuk ajar kepada mekanik-mekanik baru termasuklah mekanik lelaki.

Mengisi segmen program yang semakin mendapat tempat di hati penonton ini, ia berkongsi sumbangan luar biasa wanita Malaysia ini dalam bidang automotif ini sekaligus melayakkan nama beliau diletakkan sebaris dengan ikon dan personaliti yang dikagumi dan dijadikan contoh kepada generasi pelapis seterusnya.

Dalam episod sama juga turut menampilkan wanita kental bernama Lyn Sha’are, pelumba Motorcross pertama wanita di Malaysia.

Walaupun baru sahaja berusia 19 tahun, Lyn kini telah pun berjaya ke peringkat antarabangsa dalam dunia permotoran Motorcross. Lyn diinspirasikan oleh bapanya, Sha’are yang juga merupakan bekas pelumba Motorcross kebangsaan pada zaman 1970-an dan 1980-an.

Bersama-sama hos Amy Nur Tinie dan wartawan lokasi Shaza NurIman, aspirasi perkongsian kisah dua wanita hebat ini pastinya menyumbang mesej positif dan membuka minda khususnya untuk kaum hawa selain memberikan inspirasi kepada semua wanita yang mengikuti program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM ini.  

Mengangkat tagline, ‘Wanita Inspirasi Global’ program ini mendapat sentuhan dan cetusan idea penerbit Baharunnurdalila Baharuddin, Aida Shahridzan Idris, Syazwani Suleiman, Nazatul Fareena Sheikh Rosli dan Hanif Nordin.

Setiap minggu, ikuti paparan mengenai gaya hidup wanita moden meliputi kisah kejayaan ikon-ikon wanita cemerlang, inspirasi fesyen, kecantikan serta tip-tip yang memberi panduan kepada wanita untuk menjadikan mereka lebih berkeyakinan tinggi ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement