Anda di sini

Program Gotong-Royong Siri 1 perangi denggi di Kampung Tunku

 Guru-guru dan pelajar pelajar SMK Bandar Kuching No.1 antara peserta gotong-royong.
BERSATU TENAGA: Guru-guru dan pelajar pelajar SMK Bandar Kuching No.1 antara peserta gotong-royong.
 Anggota bomba membantu menjayakan gotong-royong di Kampung Tunku.
MUAFAKAT: Anggota bomba membantu menjayakan gotong-royong di Kampung Tunku.
 Aktiviti gotong-royong tetap diteruskan walaupun hujan lebat.
SEMANGAT WAJA: Aktiviti gotong-royong tetap diteruskan walaupun hujan lebat.

SERAMAI kira-kira 150 peserta menjayakan Program Gotong-Royong Siri 1 mencegah wabak denggi bersama-sama NGO Kampung Tunku, Petra Jaya, Kuching baru-baru ini.

Peserta terdiri daripada penduduk Kampung Tunku, para pelajar dan guru Sekolah Menengah Bandaraya Kuching No.1, anggota Jabatan Bomba Petra Jaya, kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Jabatan Kesihatan Kuching.

Cuaca yang sejuk ketika itu susulan hujan lebat tidak menghalang para peserta untuk bersama-sama menjayakan acara pada pagi itu.

Acara gotong-royong yang sangat memberangsangkan ini diketuai oleh Penghulu Awang Supian bin Awang Juini dan Saifuddin iaitu pengerusi Kejiranan Mesra Kampung Tunku Petra Jaya Kuching.

Semangat bergotong-royong yang menepati pepatah Melayu ‘Ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul’ wajar dicontohi oleh semua orang demi kebersihan, keceriaan dan keselamatan kampung. Semangat kerjasama yang diwarisi berzaman ini diharapkan berjaya membantu mencegah menularnya wabak denggi.