Anda di sini

Mahkamah Indonesia ringankan hukuman mati pengedar dadah Perancis kepada 19 tahun

Advertisement
 Gambar fail diambil pada 20 Mei lalu menunjukkan Dorfin diiringi pengawal tiba di mahkamah Mataram di pulau percutian Lombok, Indonesia. — Gambar AFP
HUKUMAN DIRINGANKAN: Gambar fail diambil pada 20 Mei lalu menunjukkan Dorfin diiringi pengawal tiba di mahkamah Mataram di pulau percutian Lombok, Indonesia. — Gambar AFP

JAKARTA: Sebuah mah-kamah Indonesia telah meringankan hukuman mati terhadap pengedar dadah Felix Dorfin dari Perancis kepada hukuman penjara selama 19 tahun, peguam-nya memberitahu AFP semalam.

“Hukuman Dorfin telah diringankan daripada hukuman mati,” kata peguam lelaki Perancis berusia 35 tahun, Denny Nur Indra,memetik keputusan oleh mahkamah tinggi di pulau Lombok, yang dijangka akan dimaklumkan kepada umum pada lewat semalam.

Keputusan muncul kurang dari tiga bulan selepas sebuah mahkamah rendah menjatuhkan hukuman mati terhadap Dorfin, yang ditangkap pada tahun lepas di lapangan terbang di pulau percutian bersebelahan dengan Bali, di mana rakyat asing sering didakwa dengan kesalahan dadah.

Ia masih belum jelas sekiranya pendakwa raya akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi Mataram.

“Kami akan berbincang dan memutuskan sama ada akan atau tidak memfailkan rayuan,” kata pendakwa raya Ginung Pratidina.

Hukuman mati asal adalah tidak dijangkakan kerana pendakwa raya telah meminta bagi tempoh hukuman selama 20 tahun. Mahkamah di Indonesia telah dikenali menjatuhkan hukuman yang paling tegas berbanding hukuman yang diminta.

Dorfin membawa sebuah bagasi dipenuhi dengan kira-kira tiga kilogram  dadah termasuk ekstasi dan amphetamina ketika dia ditangkap.

Kepulauan Asia Tenggara ini memiliki sebahagian daripada undang-undang dadah paling tegas di dunia, termasuk hukuman mati terhadap pengedar.

Ia telah menghukum mati rakyat asing sebelum ini, termasuk perancang utama kumpulan heroin ‘Bali Nine’ dari Australia. — AFP

Advertisement