Anda di sini

Jason Statham dan Idris Elba dalam filem sampingan ‘Fast & Furious’

Advertisement
JASON STATHAM
JASON STATHAM

PELAKON Hollywood Dwayne Johnson dan Jason Statham masing-masing kembali sebagai Hobbs dan orang terbuang Shaw dalam ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’, filem sampingan mereka sendiri dalam francais filem yang begitu berjaya itu.

Dua watak itu, yang amat membenci satu sama lain, mesti menggembleng tenaga untuk menentang penjahat Brixton, lakonan Idris Elba.

Reuters bercakap kepada Statham dan Elba mengenai filem sampingan dan francais berkenaan, di mana filem-filemnya telah mengaut lebih AS$5 bilion (RM21 bilion) di seluruh dunia.

Di bawah adalah petikan temu ramah tersebut yang telah disunting.

JASON STATHAM

S: Filem itu mengenai apa?

Statham: “Ia adalah mengenai dua orang lelaki yang tidak mahu berada dalam bilik yang sama dengan satu sama lain, tetapi terpaksa mengetepikan perbezaan mereka demi kebaikan yang lebih tinggi untuk menyelamatkan dunia.”

S: Bagaimanakah idea mengenai filem sampingan ini muncul?

Statham: “Kami membuat bahagian 8 (di mana) kami ada beberapa waktu bersemuka yang hebat, dan orang menunjukkan reaksi kepada permusuhan dan ketegangan dalam bilik apabila kami cuba membunuh satu sama lain. Kami memperkembangkan perkara itu dan orang mahu melihat lebih banyak lagi mengenai perkara tersebut.”

S: Apalah rahsia kejayaan “Fast & Furious”?

Statham: “Ia adalah kerana watak-watak … orang memahami watak yang mereka suka atau tidak suka … Wira aksi dicipta oleh Arnold (Schwarzenegger) dan Sylvester Stallone, ada sesuatu mengenai mereka yang boleh difahami atau kelucuan mereka atau sesuatu mengenai personaliti mereka … Kita tertarik untuk melihat orang ini mengatasi cabaran.”

IDRIS ELBA

S: Bagaimanakah anda menggambarkan watak anda?

Elba: “Watak saya adalah seorang manusia dengan kebolehan luar biasa, sebahagian daripadanya adalah mesin dan bahagian mesin ini direka untuk bertarung.

Ia direka untuk peperangan. Dia memiliki ego besar … malah egonya adalah perkara yang mungkin akan memusnahkannya berbanding jenteranya … Dia memiliki memori tidak bagus yang kerap kembali.”

S: Bagaimanakah keadaannya bekerja bersama Jason Statham dan Dwayne Johnson?

Elba: “Ia adalah bekerja dengan yang terbaik dalam permainan mereka … (Mereka) sudah berlakon dalam filem aksi lebih kurang 20 tahun … Saya seperti budak dalam kedai gula-gula yang melihat lelaki-lelaki ini melakukannya.”

S: Adakah anda melakukan aksi ngeri sendiri?

Elba: “Saya sendiri melakukan banyak aksi ngeri babak pertarungan, beberapa aksi ngeri motosikal saya buat sendiri dan itu adalah kerana (pengarah) David (Leitch) mahu anda dalam bingkai … Kami banyak berlatih untuk kecergasan kerana dia sememangnya mengambil ‘take’ lama dan kami masuk ke sana sebanyak mungkin.”

S: Anda menulis sebuah lagu dalam iPad anda sewaktu membuat penggambaran, bagaimanakah ia berlaku?

Elba: “Masa yang ditetapkan sentiasa ada di antara penggambaran … dalam ruang masa itu, saya sentiasa ada sesuatu untuk dibuat dan ia biasanya bermain (permainan video) FIFA atau membuat muzik. Dan saya menulis sebuah lagu yang ada dalam filem itu, dalam babak kejar-mengejar.”

S: Adakah muzik dan kerja anda sebagai deejay karier kedua?

Elba: “Yang pasti karier kedua, saya sudah menjadi deejay sepanjang hidup saya, tetapi sekarang saya dapat menyatakan ia adalah satu karier kerana saya amat menyukainya, ia memberikan latihan yang sangat asas bagi saya.” — Reuters

Advertisement