Anda di sini

Doktor Hungary pisahkan kembar Bangladesh bercantum di kepala

Advertisement
 Gambar bertarikh 5 Januari lalu daripada ADPF menunjukkan Rabeya dan Rukaya semasa lawatan ke Budapest sebagai persiapan untuk pembedahan memisahkan mereka yang dilakukan di Dhaka. — Gambar AFP
AKHIRNYA BERPISAH: Gambar bertarikh 5 Januari lalu daripada ADPF menunjukkan Rabeya dan Rukaya semasa lawatan ke Budapest sebagai persiapan untuk pembedahan memisahkan mereka yang dilakukan di Dhaka. — Gambar AFP

DHAKA: Kembar dari Bangladesh yang bercantum di kepala sedang beransur pulih semalam selepas beberapa pakar bedah melakukan pembedahan selama 30 jam berterusan bagi memisahkan tengkorak dan otak mereka di ibu negara Dhaka.

Kembar tersebut, dinama-kan sebagai Rabeya dan Rukaya, berusia tiga tahun pada bulan lepas dan meng-alami kecacatan embrio yang jarang berlaku menjejaskan dengan anggaran satu dalam setiap lima hingga enam juta kelahiran.

“Mereka berada dalam keadaan stabil selepas bahagian pemisahan terakhir,” kata Andras Csokay, seorang pakar bedah saraf dengan badan kebajikan bantuan perubatan Action for Defenceless People Foundation (ADPF) yang telah melakukan pembedahan tersebut.

“Namun kami harus lebih berhati-hati semasa tempoh pascapembedahan,” Csokay, yang mengetuai pasukan Hungary seramai 35 orang, memberitahu AFP.

Selepas pemisahan tengkorak dan otak mereka di Combined Military Hospital di Dhaka, pasukan Csokay mula untuk menutupi bahagian luka dengan tisu lembut yang dihasilkan melalui proses penambahan tisu yang dilakukan di Hungary.

Sebelum pembedahan, para doktor berkata hanya terdapat peluang sebanyak 50 peratus bagi kedua-dua kembar itu terus hidup.

Menurut ADPF, hanya sebilangan kecil pembedahan bagi memisahkan kembar yang bercantum di kepala yang pernah berjaya. — AFP

Advertisement