Anda di sini

Bom kecil gegar Bangkok, dua tercedera

Advertisement
 Anggota unit pemusnah bom dilihat di tapak letupan bom di Bangkok, Thailand semalam. — Gambar AFP
CARI PETUNJUK: Anggota unit pemusnah bom dilihat di tapak letupan bom di Bangkok, Thailand semalam. — Gambar AFP

BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua bom kecil meletup di Bangkok semalam, menggegarkan ibu kota Thailand itu ketika ia menjadi tuan rumah kepada persidangan ASEAN yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo dan menyebabkan dua orang tercedera.

Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha telah diberitahu mengenai insiden pengeboman dan mengarahkan siasatan segera, kata jurucakap kerajaan Thai Narumon Pinyosinwat, sambil menambah “kawalan keselamatan telah diperketatkan. Orang awam digesa agar tidak panik.”

Dua wanita tercedera dalam letupan hanya di luar pusat bandar, Pusat Kecemasan Erawan memberitahu AFP.

Letupan kedua meme-cahkan cermin berhampiran sebuah menara pencakar langit yang terkenal, tambah polis kecemasan.

Beberapa pakar pemusnah bom telah dikerahkan di sekitar Menara Mahanakorn – milik kumpulan King Power yang mana kelab bola sepak Leicester City adalah antara asetnya.

Terdapat beberapa laporan yang tidak disahkan me-ngenai alat lain telah dijumpai di sekitar bandar.

Pengeboman berlaku sejurus sebelum ucapan dasar oleh Pompeo, yang telah menyertai mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asia Tenggara.

Kerajaan menggesa pihak media agar mengelakkan sebarang spekulasi mengenai motif bagi pengeboman itu.

Letupan berlaku beberapa minggu selepas bekas ketua junta Prayut dilantik sebagai perdana menteri awam, mencetuskan bantahan di kalangan ramai penyokong prodemokrasi di negara beraja yang berbelah bagi dari segi politiknya.

Insiden tersebut telah membangkitkan kenangan yang kurang menyenangkan tentang penganjuran terakhir Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) oleh Thailand pada 2009.

Waktu itu, penunjuk pe-rasaan prodemokrasi “baju merah” memecah masuk ke dalam kawasan persidangan di bandar percutian Patta-ya menuntut bagi pilihan raya.

Huru-hara meletus, de-ngan beberapa pemimpin terpaksa diselamatkan dari atas bumbung sebuah hotel oleh helikopter tentera Thai sementara yang lain melepaskan diri dengan bot.

Thailand mempunyai sejarah panjang bagi keganasan politik dikaitkan dengan bantahan beramai-ramai, rampasan kuasa dan kerajaan tidak kekal lama. — AFP

Advertisement