Anda di sini

Lelaki lega bebas tuduhan miliki dadah

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan menarik nafas lega setelah terlepas daripada hukuman penjara, apabila Mahkamah Sesyen di sini, membebaskannya atas tuduhan memiliki dadah.

Hakim Elsie Primus melepaskan dan membebaskan Makdis Abdul Latip, 38, yang diwakili peguam Michelle Usman yang mana pada Jumaat untuk keputusan kes selepas perbicaraan penuh.

Dalam penghakimannya, beliau berpuas hati bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada peringkat akhir kes pembelaan.

Tertuduh didapati memiliki dadah seberat 35.86 gram, pada 23 November 2016 jam 9 malam di tepi jalan hadapan Taman Mahkota, Jalan Bundusan, Penampang.

Atas kesalahan itu, Makdis didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) akta sama.

Jika didapati bersalah, pemenjaraan seumur hidup dan tidak kurang daripada tempoh lima tahun, serta hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 10 sebat.

Tertuduh yang sebelum ini mengaku tidak bersalah diperintahkan membela dirinya pada 5 November tahun lalu, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

  • oleh
  • Advertisement