Anda di sini

AC Mizal promosi Pop Yeah Yeah di Karnival Jom Heboh Johor Bahru

Advertisement
AC MIZAL
AC MIZAL

PENYANYI dan pengacara popular Datuk Mizal Dato’ Zaini, atau lebih dikenali sebagai Datuk AC Mizal baru-baru ini telah menggemparkan Karnival Jom Heboh yang diadakan di Johor Bahru.

Beliau telah hadir bersama Izzue Islam, Oktovia Manrose, Armada Ammar dan Emelda Rosemila untuk mempromosikan program sitkom terbaharu TV3, Pop Yeah Yeah.

Datuk AC telah mengambil alih Konsert Jom Heboh sempena Karnival Jom Heboh daripada Fizi dan Muaz ketika slot persembahan Kugiran Masdo.

Suasana Karnival Jom Heboh bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival tersebut.

“Sejujurnya saya merupakan peminat Kugiran Masdo kerana setiap ahlinya mempunyai karakter mereka masing-masing.

“Tambahan pula, mereka memperjuangkan irama Pop Yeh Yeh, yang mana sebagai seorang penyanyi, saya amat mengagumi semangat kumpulan itu untuk menghidupkan kembali fenomena muzik zaman 60-an.

“Saya berasa amat berbesar hati ketika pihak TV3 sudi menjemput saya untuk mempersembahkan lagu tema Sitkom Pop Yeah Yeah, ‘Jefri Dom’ di atas pentas, diikuti pula dengan peluang untuk bergandingan bersama Masdo, dengan lagu mereka, ‘Dinda’.

“Dengan peluang itu, saya dapat melihat ramai pengunjung Karnival Jom Heboh ini, terhibur dan tersenyum.

“Itulah niat saya sebagai seorang penghibur selama 28 tahun, iaitu untuk menghiburkan pengunjung dan penyokong setia dunia hiburan tanah air,” ujar Datuk AC Mizal ketika ditemu ramah di Karnival Jom Heboh itu.

EMELDA ROSEMILIA
EMELDA ROSEMILIA
ARMADA AMMAR
ARMADA AMMAR

Tambahnya lagi, “Ini merupakan kali pertama saya hadir ke Karnival Jom Heboh, itu sahaja sudah membuatkan saya teruja untuk hadir. Tambahan pula saya hadir untuk mempromosikan sebuah sitkom yang bertemakan zaman 60-an, makin bertambah teruja saya untuk hadir.

“Terutamanya setelah saya membuat persembahan lagu tema Pop Yeah Yeah, malam kelmarin, semalam saya bersama barisan artis lain mengadakan ‘flash mob’dengan tarian lagu Jefri Dom tersebut bersama para pengunjung Jom Heboh ini. Bagi saya, ini merupakan cara promosi yang luar biasa,” tambahnya.

Pop Yeah Yeah merupakan sebuah rancangan sitkom 30 minit selama 20 episod yang menampilkan Datuk AC sebagai Jefri Dom.

Jefri Dom merupakan seorang pengusaha kafe yang pernah hidup pada zaman 60-an dan masih berasa relevan pada masa ini.

Jefri Dom mempunyai beberapa orang pekerja kafenya, iaitu Amira, Ali, Leman dan Nasir.

Mereka berlima akan membincangkan pelbagai topik-topik hangat pada masa ini bersama beberapa artis jemputan, setiap episod.

‘Pop Yeah Yeah’ akan bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam di TV3.

Dapatkan maklumat lanjut Pop Yeah Yeah di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter @TV3Malaysia serta xtra.com.my.

Advertisement