Anda di sini

Lelaki mabuk balas dendam gigit ular selepas dipatuk

Advertisement

NEW DELHI: Seorang lelaki yang dipatuk ular di negeri Uttar Pradesh, India pada Ahad lepas telah bertindak membalas dendam terhadap reptilia berbisa itu dengan menggigitnya sehingga putus.

Media tempatan melaporkan bahawa insiden itu berlaku di sebuah kampung dalam daerah Etah.

Lelaki berusia 35 tahun itu, yang dikenali sebagai Rajkumar, sedang mengambil minuman beralkohol ketika dia dipatuk ular tersebut.

“Anak lelaki saya mabuk. Seekor ular telah memasuki rumah kami dan mematuk-nya,” kata bapa Rajkumar.

Keluarga mangsa kemudian membawanya ke sebuah hospital di bandar dan memasukkan bangkai ular yang terputus itu ke dalam sebuah beg.

“Anggota keluarga mangsa turut membawa bangkai ular itu ke hospital. Mereka mendakwa mangsa bertindak menggigit ular tersebut selepas diserang reptilia berbisa itu terlebih dahulu. Bagaimanapun, apabila saya melakukan pemeriksaan, saya tidak menemui sebarang kesan patukan di badan mang-sa,” kata seorang doktor.

Doktor itu kemudian meminta keluarga mangsa membawanya ke hospital lain yang memiliki kelengkapan lebih baik di bandar lebih besar kerana keadaan lelaki tersebut semakin serius disebabkan tindakan beliau menggigit ular berbisa itu. — Bernama

Advertisement