Anda di sini

Dua lelaki Sarikei ungguli pertandingan Badang Julau

Advertisement
 Salah seorang peserta mengharungi cabaran mengangkat kenderaan pacuan empat roda.
YAKIN BOLEH: Salah seorang peserta mengharungi cabaran mengangkat kenderaan pacuan empat roda.
 Salah seorang peserta sedang menunjukkan keupayaannya mengangkat tayar seberat 300 kilogram.
KUAT: Salah seorang peserta sedang menunjukkan keupayaannya mengangkat tayar seberat 300 kilogram.

PESERTA dari Sarikei Yong Chee Hang muncul sebagai ‘Badang Julau’ apabila menjuarai kategori terbuka dalam Pertandingan Badang Julau sempena Pesta Lada Julau di Julau, baru-baru ini.

Dengan kemenangannya itu, Yong membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 bersama trofi, medal dan sijil penyertaan.

Tempat kedua berjaya menjadi milik Wong Sie Hung yang juga peserta dari Sarikei membawa balik hadiah RM800 bersama trofi, medal dan sijil penyertaan.

Dan peserta dari Kuching, Muhammad Ali Najibullah menduduki tempat ketiga membawa pulang hadiah RM600 bersama trofi, medal dan sijil penyertaan.

Dalam kategori bawah 21 tahun, sekali lagi menyaksikan peserta dari Sarikei, Spencer Ngindang muncul juara dan membawa pulang hadiah RM1,000 bersama trofi, medal dan sijil penyertaan.

Manakala, naib juara jatuh kepada peserta dari Kuching Mohammad Nasril yang membawa pulang hadiah RM700 bersama trofi, medal dan sijil penyertaan.

Dan tempat ketiga disandang oleh peserta daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Konstabel Safery Ujuh yang membawa pulang hadiah RM400 bersama trofi, medal dan sijil penyertaan.

Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan Pegawai Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Sarikei Elizabeth Gawan.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Orang Kuat Sarawak ASP Ricky Poh berkata, 23 peserta telah berentap dalam dua kategori yang dipertandingkan bagi memburu gelaran Badang Julau.

“Kategori yang dipertandingkan kali ini ialah kategori Terbuka dan kategori Belia Bawah 21 Tahun,” jelasnya.

Katanya, semua peserta bagi kedua-dua kategori tersebut dikehendaki mengharungi cabaran dalam lima rutin iaitu mengangkat tayar seberat 300 kilogram, mengangkat batu atlas 80,90 dan 139 kilogram.

“Selain itu, peserta dikehendaki mengangkat batu seberat 60 kilogram ke bahu, ‘Farmer Walk 120 kilogram, ‘Yoke Walk’ dan mengangkat kenderaan pacuan empat roda 4x4,” ujarnya.

Tambahnya, pertandingan kali ini mendapat sambutan baik daripada para peserta dan berjaya menarik perhatian para penonton.

Pertandingan tersebut dianjurkan Pejabat Daerah Julau, PDRM dan Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Sarikei.

  • oleh
  • Advertisement